,
Laman Utama

“Kes Makin Naik, Hospital Penuh, Ambulans Tak Cukup…” - Mimi Lana Mohon Jangan Takut Vaksin

Mya Amri
16/07/2021
03:45 MYT
Pelakon Mimi Lana berharap orang ramai dapat memberikan kerjasama dalam membantu negara untuk memerangai COVID-19 yang semakin meningkat ketika ini.
Menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya, Mimi atau nama sebenarnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin momohon orang ramai tidak menuding jari atau menyalahkan satu sama lain.
Mimi berpendapat, ketika negara sedang melalui saat getir ini adalah lebih baik sekiranya dapat menyebarkan kesedaran tentang kepentingan vaksinasi.
“Selesai kerja saya hari ini. Sejujurnya hari ini saya nak keluar bekerja, saya sangat takut memikirkan kes yang banyak setiap hari.
“Dalam kepala ini macam-macam saya fikir. Tetapi bila saya bayangkan penat lelah petugas barisan hadapan yang bertarung dengan pesakit COVID-19, sejak pandemik ini, saya gagahkan diri juga keluar untuk membantu.
“Saya berharap sangat kita semua dapat selesaikan dua dos vaksin secepat mungkin. Setiap hari kes makin naik.
“Hospital dah penuh, ambulans pun tak cukup. Sekarang ini bukan masa kita nak bergaduh atau salahkan sesama sendiri.
“Gantikan perasaan itu dengan cara berikan kesedaran kepada semua orang untuk daftar, pergi vaksin dan alert dengan temu janji vaksin mereka. Ini sahaja cara untuk membantu negara kita yang tengah tenat sekarang ini,” coretnya.
Dalam hantaran yang sama juga, Mimi turut mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada rakyat Malaysia yang sudah menerima vaksin.
“Kepada yang risau tentang orang tua anda untuk divaksin, jangan risau kami di sini semua sedia membantu dan menjaga mereka.
“Saya nak ucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua yang telah di vaksin. Saya sangat bangga dengan anda semua. Semoga urusan kita dipermudahkan,” tulisnya.
Untuk info, Mimi sebelum ini pernah berkongsi pengalaman menjadi sebahagian daripada sukarelawan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Bangi, Selangor.
Selain Mimi, beberapa selebriti lain yang turut menjadi sukarelawan PPV adalah Aniq Suhair, Daiyan Trisha, Fizo Omar, Nazim Othman, Sherry Alhadad dan Amelia Anderson.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Berehat Dari ‘Basketball’, Dr Izzar Nak Fokus Jadi Tukang Ulas Drama ‘Andai Tiada Dia’ - “Tak Payah Marah Suami Yang Tak Bersalah Sebab…”

gempak
23/11/2024
04:55 MYT
Suami kepada pelakon Ummi Nazeera iaitu Dr. Mohd Izzar Anwari memohon maaf kepada rakan-rakannya kerana terpaksa menolak pelawaan untuk bertanding dan bermain bola keranjang buat masa kini.
Hiburan

Ummi Nazeera Buat Kapsyen ‘No Turning Back’, Ramai Tak Sabar Nak Tonton Episod ‘Andai Tiada Dia’ Malam Ini – “Suri Jangan Patah Balik Okay”

gempak
11/11/2024
12:00 MYT
Pelakon Ummi Nazeera sekali lagi mencuri tumpuan apabila berkongsi foto wataknya dalam drama hits Andai Tiada Dia.
Hiburan

"Faham Semua Orang Tengah Marah Sangat" - Watak Penyondol Menjadi, Mimi Lana Mohon Jangan Doa Buruk

gempak
08/11/2024
16:55 MYT
Pelakon tinggi lampai, Mimi Lana memohon orang ramai agar tidak mendoakan keburukan ke atas dirinya hanya disebabkan geram dengan watak penyondol bernama Intan dalam drama popular Andai Tiada Dia.
Hiburan

Watak Suri Dalam ‘Andai Tiada Dia’ Penuh Air Mata, Dr Izzar Mohon Lantik Ummi Nazeera Jadi Duta Tisu – “Baik Perempuan Atau Lelaki, Mesti Semua Perlukan Tisu”

gempak
08/11/2024
13:50 MYT
Suami kepada pelakon Ummi Nazeera iaitu Dr Izzar Anwari mencuri tumpuan apabila berseloroh mengenai lakonan isterinya itu dalam drama hits Andai Tiada Dia.
Hiburan

"Nak Jadi Penyondol Tak Perlu Cantik, Cuma Perlukan Lelaki Yang Tak Reti Bersyukur" - Mimi Lana

gempak
31/10/2024
07:25 MYT
Pelakon jelita Mimi Lana mencuri perhatian menerusi kapsyen terbaharu di Instagramnya, berkongsi tentang penyondol.
Unitar