Viral
Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata polis daerah Brickfields menerima satu laporan polis berkaitan kejadian itu pada jam 5.38 petang, tadi.
Katanya, pengadu menyatakan ketika berada di kondominium yang juga lokasi kejadian, melihat satu rakaman video berkaitan insiden itu pada jam 5.26 petang.
"Pengadu telah melihat satu rakaman video di aplikasi Xiaohongshu.com terdapat individu tidak dikenali melakukan penderaan seekor kucing dengan cara menarik tali yang diikat pada leher kucing tersebut.
"Di dalam video itu tertera alamat lokasi kejadian di ruang komen iaitu di sebuah blok apartmen servis di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur. Pengadu tampil membuat laporan untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
BERITA TRENDING: Dipenjara Aniaya & Rog*l Binatang, Lelaki Tidak Suka Jadi Manusia Mahu Jadi Kuda
Rusdi berkata kes itu dirujuk kepada Jabatan Veterinar untuk tindakan dan siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 29 Akta Kebajikan Haiwan 2015Katanya, laporan polis oleh pengadu serta rakaman video kejadian juga diserahkan kepada pihak penguatkuasa Jabatan Veterinar Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut.
Menerusi rakaman video yang tular itu, kelihatan seorang lelaki berjalan sambil menarik tali yang diikat pada leher seekor kucing dan dapat dilihat haiwan itu meronta-ronta kesakitan.
Video itu mengundang kemarahan orang ramai terutama pencinta haiwan dan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap lelaki itu yang disifatkan kejam dan tidak berperikemanusian.
Sebelum ini, terdapat dua kes di Pulau Pinang iairtu masing-masing seekor kucing dan seekor anjing parah akibat tergantung di belakang kenderaan sedang bergerak dalam keadaan diikat dan diseret.
BERITA TRENDING: "Mewarna Anak Ayam Tidak Dikategori Sebagai Penganiayaan Haiwan" - DVS
BERITA TRENDING: Pemain Badminton Didenda RM25,000, Pukul Anjing Di Balkoni Rumah
BERITA TRENDING: Viral Taman Kucing Klang Didakwa Terabai, MBDK Tampil Beri Penjelasan!
Must-Watch Video