,
Hiburan

Kes Khalwat: Aliff Aziz & Ruhainies Hadir Bersama Di Mahkamah, Mohon Doa Yang Baik-Baik

Asyikin Mayudin
03/07/2024
01:22 MYT
Pelakon Aliff Aziz dan Ruhainies hadir di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur kira-kira pukul 9 pagi, Rabu untuk prosiding bacaan pertuduhan kes khalwat.
Ruhainies atau nama sebenarnya Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 32, mengenakan jubah hitam manakala Aliff juga tampil dengan serba hitam.
Aliff dan Ruhainies diwakili oleh peguam Hadi Salleh dan Amirul Ashraf Ghani.
Aliff ketika ditemui media berkata memohon agar semua orang mendoakan yang baik-baik untuk segala urusan prosiding pada hari ini.
“Masih pagi untuk semua orang, dan kita hargai rakan-rakan media yang hadir. Minta doa dari semua mendoakan yang baik-baik untuk hari ini, insyaAllah.
Sementara itu, Ruhainies turut mengucapkan terima kasih atas sokongan yang diberikan oleh pihak media dan orang ramai.
“Terima kasih semua kerana sudir datang meluangkan masa hari ini . Doakan yang terbaik untuk kami semua,” katanya kepada Gempak.
Peguam, Hadi pula menjelaskan hari ini akan direkodkan pengakuan dari pihak Aliff dan Ruhainis.
“Untuk hari ini, sebutan di hadapan Mahkamah Tinggi untuk mahkamah baca pertuduhan khalwat yang sudah dibaca di mahkamah sebelum ini dan rekod pengakuan bersalah atau pengakuan tidak bersalah dari pihak-pihak ini,” katanya.
Pada 20 Jun lalu, Aliff Aziz dan Ruhainies dilaporkan dilihat hadir selama tiga jam ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
Pada 9 Mac lalu, media melaporkan Aliff ditangkap khalwat bersama Ruhainies di kondominium mewah di ibu negara.
Aliff dan bekas isterinya yang juga pelakon dan pe yang Bella Astillah telah bercerai pada 13 Jun lalu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Terkini

Muaz Zabir Sifatkan Pakaian Sedondon Dengan Bella Astillah Sebagai 'Kebetulan' - "Kami Tak Pernah Merancang"

gempak
19/09/2024
07:25 MYT
Pelakon, Muaz Zabir menerangkan bahawa pakaian warna sedondon yang sering digayakannya bersama Bella Astillah hanyalah satu kebetulan.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.