,
Laman Utama

Kes Ditangguhkan Kerana Penyata Saksi Nana Baru Serah Semalam, Ini Yang Berlaku

Hanafis Haris
15/10/2021
09:25 MYT

Kemelut perbicaraan tuntutan saman fitnah penyanyi Siti Nordiana terhadap lima individu masih lagi berlarutan.

Hari ini, Jumaat bersamaan dengan 15 Oktober 2021, perbicaraan telah berlangsung seperti dijadualkan.

Perbicaraan mahkamah tersebut dilakukan secara virtual bersama Hakim Mahkamah dan juga peguambela lain.

Bagi yang belum mengetahui, ini yang berlaku dalam perbicaraan kes saman Siti Nordiana hari ini.

1.Kes perbicaraan saman fitnah penyanyi Siti Nordiana bersama lima sekawan ditangguhkan.

2.Peguambela Nurul Hafidzah Hassan ketika ditemui Gempak berkata kes tersebut ditangguhkan kerana pihak plaintif Siti Nordiana baru sahaja menyerahkan penyata semalam (Khamis).

3.Penyataan itu diserahkan oleh peguam mewakili Siti Nordiana iaitu Abang Azlan Abang Ariffin.

4.Peguam Nurul Hafidzah mengalu-alukan jika kedua-dua pihak bersetuju untuk menyelesaikan isu ini di luar mahkamah.

“Kita menyarankan kepada anak guam untuk menyelesaikan hal ini secara baik lagi pun sebelum ini mereka berkawan baik.

“Sebelum perbicaraan mereka boleh mengadakan perbincangan dan memilih jalan penyelesaian terbaik.

“Pihak plaintif juga ada menyarankan untuk bertemu tetapi di kawasan berkecuali.

5.Prosiding yang berlangsung secara atas talian menerusi Zoom pada pagi tadi turut dihadiri Siti Nordiana. Nana juga memaklumkan menerusi satu kenyataan media, dia telah hadir dan bersiap sedia untuk dipanggil sebagai sebagai saksi pertama plaintif.

6.Pihak defendan memberi saranan untuk menyelesaikan kes di luar mahkamah.

7.Kelima-lima defendan iaitu Lan Solo, isterinya Norsheila Halim, Syura, Sam Samim dan Aida G hadir dalam perbicaraan.

8.Lan Solo, isteri dan Syura diwalikili oleh peguam Muhammad Hafiz Hood dan Alan Razak.

9.Sam Samim dan Aida G pula diwakili oleh peguam Nurul Hafidzah.

10.Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Zulqarnain Hassan menetapkan 20 Oktober depan sebagai tarikh perbicaraan baharu selepas mengambil kira kelewatan pendakwaan menyerahkan penyata saksi.

11.Hakim juga menyarankan kedua-dua belah pihak menggunakan tempoh yang diberikan sehingga 20 Oktober depan untuk berbincang dan menyelesaikan kemelut tersebut.

Untuk info, Siti Nordiana telah mengambil tindakan saman berjumlah RM2.5 juta terhadap lima individu termasuk Sam, Aida G, penyanyi Lan Solo dan Isteri, Sheila Hassim serta penyanyi Syura sekitar awal bulan Ogos.

Dalam saman tersebut, Siti Nordiana telah menuntut penerbitan permohonan maaf menerusi siaran akhbar, Instagram dan Facebook live serta RM500,000 daripada setiap defendan.

Writ saman yang dihantar secara e-mel itu, beberapa perkara telah dinyatakan iaitu permohonan maaf secara terbuka dalam media sosial dan terbitan akhbar serta tuntutan amaun ganti rugi RM500,000 daripada setiap defendan yang secara keseluruhannya berjumlah RM2.5 juta.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Sean Diddy Tawar RM200 Juta & Rumah Lepas Jenayah Seks, Mahkamah Tetap Hantar Ke Penjara

gempak
19/09/2024
15:13 MYT
Mahkamah Persekutuan di Amerika Syarikat menolak Sean Diddy Combs diikat jamin meski rapper tersebut sanggup membayar sejumlah nilai yang besar agar dibebaskan.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Hiburan

Uyaina Arshad Tak Terkesan Netizen Petik Nama Bakal Disaman ‘Abang Bas’ - “Saya Cakap Berlandaskan Fakta, Nak Cakap Saya ‘Terpaling’…Terpulanglah”

gempak
19/09/2024
01:55 MYT
Pengacara dan pelakon Uyaina Arshad mengakui tidak terkesan dengan kecaman dan kritikan netizen yang dilemparkan terhadapnya susulan lantang bersuara dalam kes membabitkan ‘Abang Bas’ seperti yang tular beberapa hari lalu.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.
Berita

Kes Zayn Rayyan: Nama Kekal Dalam Kertas Pertuduhan

gempak
18/09/2024
04:43 MYT
Nama Zayn Rayyan Abdul Matiin dikekalkan dalam kertas pertuduhan yang dihadapi ibu bapa kanak-kanak autistik itu.