,
Laman Utama

Kes Dera Bella : Ada Unsur Konflik Kepentingan, Ras Adiba Radzi Sokong Lucutkan Syed Azmi

Syafiqah Jalal
12/04/2022
02:49 MYT
Aktivis sosial, Senator Datuk Ras Adiba Mohd Radzi menyokong penuh memorandum yang mengesyorkan untuk menamatkan lantikan Syed Azmi Alhabshi sebagai Penasihat Mahkamah Kanak-Kanak Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Ahli Pemegang Amanah Yayasan Kebajikan Negara (YKN).
Kata Ras Adiba terdapat percanggahan kepentingan memandangkan Syed Azmi merupakan Pengasas Bersama Pusat Perlindungan Rumah Bonda NGO, di mana Bella iaitu kanak-kanak Orang Kurang Upaya (OKU) yang tular dengan kes deranya itu ditempatkan.
“Perkara ini saya akan bawa kepada perhatian terus YAB Perdana Menteri dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen & Undang-undang).
“Percanggahan kepentingan ini berlaku apabila Penasihat MBKK Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Pemegang Amanah YKN (Syed Azmi) juga merupakan Pengasas Bersama Pusat Perlindungan Rumah Bonda NGO, di mana Bella ditempatkan.
“Ini jelas menunjukkan terdapat isu integriti dan percanggahan kepentingan (conflict of interest),” katanya. Ras memberi kenyataan itu di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri yang sama telah menunjukkan penyerahan memorandum tersebut.
Memorandum itu telah disampaikan oleh pensyarah dan aktivis kanak-kanak, Muhamad Firdaus Ibnil Hajar yang diusahakan bersama dua peguam yang juga aktivis kanak-kanak, Fatihah Jamhari dan Megat Syazlee Mokhtarum.
BACA: “Dia Arah Saya Gigit Perut Bella”- Dakwa Saksi Pengasas Rumah Bonda
Kes Bella tular di media sosial tahun lepas selepas seorang wanita mendakwa remaja perempuan itu disimbah dengan air panas dan diikat ketika berada di bawah jagaan Rumah Bonda, sebuah rumah kebajikan pertubuhan bukan kerajaan.
Susulan itu, pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali, 30, didakwa atas dua pertuduhan mengabaikan serta mendera remaja berusia 13 tahun itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal dan emosi di sebuah kondominium di Wangsa Maju di Kuala Lumpur antara Februari dan Jun 2021.
Siti Bainun didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Beliau tidak mengaku bersalah atas kedua-dua pertuduhan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Ras Adiba Tak Setuju Menu Rahmah Berisiko Sebabkan Autisme, Mohon Hormat Sensitiviti Golongan OKU

gempak
18/02/2023
01:55 MYT
Datuk Ras Adiba Radzi kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan ketika sesi perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat
Laman Utama

Tak Putus Asa! Ras Adiba Terus Menyeru Zalina Azman Pulang - "Telefon Deep Ya Zal, Pulanglah ..."

gempak
02/01/2023
05:45 MYT
Moga Zalina Azman ditemui segera.
Laman Utama

3 Hari Di ICU, Kini Ras Adiba Radzi - “Alhamdulilah Semuanya…”

gempak
24/09/2022
03:45 MYT
Alhamdulilah...
Laman Utama

[VIDEO]“Saya Dah Lihat Gambar Dekat Dan…”- Ras Adiba Radzi Teliti Gambar Wanita Mirip Zalina Azman

gempak
22/07/2022
05:28 MYT
Ras Adiba Radzi Teliti Gambar Wanita Mirip Zalina Azman
Laman Utama

"Where Are You Zally?" - Bekas Personaliti TV3 Zalina Azman Dilaporkan Hilang Sejak November

gempak
18/07/2022
18:40 MYT
"Where are you Zally? Please come home, just come home,"