,
Viral

Kes Dera Anjing, Pendera Rupa-Rupanya Figura Terkenal, Penyelamat Pula Dituduh Menculik? - "Padahal Dia Yang Rela ..."

Umirah Halim
03/07/2024
09:25 MYT
Penyelamat bebas yang dikenali sebagai Shima Aris mengesahkan anjing baka Husky yang telah dipukul oleh pemiliknya yang juga didakwa merupakan seorang figura terkenal dalam bidang sukan sudah selamat ditempatkan di klinik haiwan.

Dituduh menculik

Bagaimanapun menerusi perkembangan terkini, Shima memaklumkan bahawa pemilik anjing tersebut bertindak membuat laporan polis dan telah menuduhnya menculik haiwan tersebut sedangkan pada awalnya telah menyerahkan anjing tersebut kepadanya secara rela hati.
“Hai semua. Terima kasih atas kasih sayang yang anda berikan kepada KITSTER.

ARTIKEL BERKAITAN: "Punyalah Jaga Macam Anak, Nak Jentik Pun Tak Sampai Hati" - Intan Najuwa Simpati Nasib Haiwan Didera, Mohon Jaga Penuh Kasih Sayang

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita Berjaya Selamatkan Anjing Kena 'Tinju', Namakan Kitster - "Buat Masa Sekarang Biarlah Ia Berehat"

BERITA TRENDING: Sedih Anjing Kesayangan Mati, Menantu David Beckham Saman Pendandan Haiwan

“Disebabkan laporan DVS (Jabatan Perkhidmatan Veterinar) yang banyak dibuat oleh orang ramai, DVS telah mengambil tindakan tetapi mereka mahu memindahkan KITSTER ke pound mereka tetapi saya tolak dengan baik kerana saya mahu dia dirawat oleh pasukan doktor haiwan yang terbaik.

“Polis juga sedang jalankan siasatan tetapi malangnya si pelaku mengatakan saya menculik anjingnya walaupun sebenarnya dia dengan telah memberikan Kitser kepada saya,” katanya menerusi sebuah komen di akaun Instagram.

Bayar kos rawatan

Sementara itu, Shima turut memberitahu dia telah membayar sendiri kos rawatan anjing yang dinamakan Kitser tersebut bagi memastikan dia mendapat rawatan yang terbaik.

“Dia bersama pasukan doktor haiwan terbaik yang bermakna saya membayarnya. Bermakna dia selamat,” tulisnya.

Bagaimanapun, setakat artikel ini ditulis tiada lagi sebarang perkembangan terkini berikutan kes ini masih lagi di dalam proses penyelesaian antara pihak Shima dan pemilik anjing.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemenang 'Anjing Terhodoh Dunia' 2024 Diumumkan, Bawa Pulang RM23,000

BERITA TRENDING: Suami, Isteri Disyaki Dera Anak Angkat Hingga Mati Disambung Reman

Dalam pada itu, Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM) menyifatkan tindakan lelaki di dalam video yang tular bukan sahaja biadab, malah melanggar Akta Kebajikan Haiwan 2015 Seksyen 29.
SAFM dalam satu kenyataan berkata, penganiayaan haiwan boleh dikenakan hukuman denda tinggi atau penjara sehingga tiga tahun, atau kedua-duanya.
Sehubungan itu, SAFM menyeru kepada masyarakat untuk segera melaporkan sebarang kejadian kezaliman haiwan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).
Terdahulu, sebuah rakaman memaparkan seorang lelaki memukul anjingnya berulang kali dengan penuh kejam mendapat perhatian ramai.
Rakaman kejadian tersebut dipercayai berlaku di sebuah kondominiun di Kajang, Selangor.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Uyaina Arshad Tak Terkesan Netizen Petik Nama Bakal Disaman ‘Abang Bas’ - “Saya Cakap Berlandaskan Fakta, Nak Cakap Saya ‘Terpaling’…Terpulanglah”

gempak
19/09/2024
01:55 MYT
Pengacara dan pelakon Uyaina Arshad mengakui tidak terkesan dengan kecaman dan kritikan netizen yang dilemparkan terhadapnya susulan lantang bersuara dalam kes membabitkan ‘Abang Bas’ seperti yang tular beberapa hari lalu.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.
Berita

Kes Zayn Rayyan: Nama Kekal Dalam Kertas Pertuduhan

gempak
18/09/2024
04:43 MYT
Nama Zayn Rayyan Abdul Matiin dikekalkan dalam kertas pertuduhan yang dihadapi ibu bapa kanak-kanak autistik itu.
Berita

"Kira Duit Siap-Siap, Keluarga 'Abang Bas' Mahu Ambil Tindakan" - Peguam

gempak
17/09/2024
08:25 MYT
Keluarga 'Abang Bas' mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap individu, termasuk selebriti yang didakwa menimbulkan syak wasangka serta kecaman terhadap lelaki itu sepanjang ditahan polis akibat dituduh di mahkamah.
Berita

KKM Kesan Satu Kes Positif Mpox - KP Kesihatan

gempak
17/09/2024
06:25 MYT
Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan satu kes positif cacar monyet atau mpox varian clade II di negara ini, semalam.