,
Laman Utama

Kes Dadah Selamatkan Nia Ramadhani, Suami Dari Bercerai

Maliah Surip
19/08/2023
02:50 MYT
Selebriti Indonesia, Nia Ramadhani mendedahkan di sebalik kes dadah yang telah membuat dia dan suaminya, Ardi Bakrie ditangkap pada Julai 2021 lalu, ada hikmah terbesar yang diperoleh.
Kata pelakon drama Bawang Merah Bawang Putih itu, jika tidak kerana kes dadah, rumah tangganya dengan anak usahawan ternama republik tersebut sudah musnah.
Perempuan yang kini berusia 33 tahun itu mengaku pernah lelah dan nyaris bercerai.
“Sebenarnya saya sempat lelah dengan rumah tangga bersama Ardi. Saya tak berasa nyaman bersamanya seperti saya selesa dan terbuka dengan teman-teman. Saya tidak selesa di rumah.
“Ada banyak perkara yang tidak saya kongsi dengan suami kerana saya tidak tahu bagaimana mahu bersikap terbuka dengannya.
“Saya juga tidak mahu membebankan fikirannya yang mungkin lebih memikirkan banyak hal lain termasuk masalah kerja.
“Jadi ia soal komunikasi antara kami,” ujar Nia seperti dilaporkan InsertLive selepas wanita itu muncul di saluran YouTube TS Media.
Namun kata Nia, kerana ditangkap atas kesalahan dadah beberapa tahun lalu, hubungan rumah tangga mereka berubah menjadi lebih baik dan harmoni.
Nia mula menyuarakan perasaannya kepada Ardi dan suami yang dikahwini sejak tahun 2010 itu malah sangat terbuka untuk memperbaiki komunikasi dan hubungan suami isteri yang dibina.
Proses itu berlaku sewaktu mereka ditangkap dan berada dalam tahanan.
"Setelah kejadian itu (kes dadah) akhirnya kami berbicara dari hati ke hati. Sekarang saya berasa hubungan rumah tangga sangat enak.
“ Saya malah tidak sangka pernikahan kami menjadi seperti sekarang," ungkap ibu tiga anak ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Elly Mazlein Kongsi Detik Perkenalan Bersama Suami - ”Lepas Dia Beritahu Tiada Instagram, Terus Lulus”

gempak
19/09/2024
08:55 MYT
Penyanyi dan pengacara terkenal, Elly Mazlein mengimbau kembali detik sewaktu perkenalan dengan suami, Muhammad Azlan Che Nuh.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Terkini

Enam Bulan Sorok Bunuh Suami Diserang Strok

gempak
19/09/2024
02:55 MYT
Kes pembunuhan seorang lelaki di tangan isterinya akhirnya terbongkar setelah enam bulan.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.