,
Laman Utama

Kes COVID-19 Meningkat Melebihi 3,000 Kes, Khairy Cadang Dapatkan Dos Penggalak Bagi Golongan Berisiko

Izwan Isa
09/07/2022
06:50 MYT
Sejak awal minggu ini, angka jangkitan COVID-19 di Malaysia dilihat semakin meningkat. Sehingga semalam, sebanyak 3,589 kes baharu direkodkan dengan enam kematian.
Justeru, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menasihati mereka yang masih belum menerima dos penggalak untuk berbuat demikian, bagi melindungi diri daripada jangkitan virus berbahaya itu. “Terdapat peningkatan kes COVID-19 sebanyak 31 peratus pada lima hari yang lepas berbanding minggu lepas. Peningkatan kes ini didorong oleh varian Omicron yang mudah merebak. Kadar keberjangkitan semula Omicron adalah 6.3 kali lebih tinggi daripada gelombang Delta.
“Ikutan daripada peningkatan kes ini, mereka yang belum menerima dos penggalak amat digalakkan untuk menerimanya segera. Masih ramai yang belum dapatkan booster. Keberkesanan vaksin COVID-19 berkurang selepas beberapa bulan jadi dapatkan booster untuk tingkatkan perlindungan,” katanya menerusi ciapan di Twitter.
Dalam pada itu, menurut Khairy, warga emas, petugas barisan hadapan dan mereka yang mempunyai komorbid disarankan untuk mengambil dos penggalak kedua dalam tempoh 4 hingga 6 bulan selepas menerima dos penggalak pertama.
“Dos penggalak kedua boleh didapatkan di PPV yang disenaraikan di laman web protecthealth.com.my atau boleh menempah janji temu di MySejahtera bagi 60 tahun ke atas.
“Kanak-kanak dan remaja berisiko tinggi juga disarankan untuk mendapatkan dos ketiga sebagai vaksinasi primer tiga dos. Remaja 12-17 tahun yang berisiko tinggi dan telah menerima dos ketiga boleh diberikan dos penggalak.
“Pesakit COVID-19 18 tahun ke atas yang memenuhi kriteria boleh diberikan ubat antiviral Paxlovid untuk merawat jangkitan COVID-19. Sila ke CAC atau hospital berdekatan untuk penilaian,” katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Mpox: “Masyarakat Juga Harus Bertindak, Tak Boleh Harapkan Kerajaan Sahaja,” - Pakar Epidemiologi

gempak
28/08/2024
11:55 MYT
Meskipun penularan Kes Mpox di Malaysia belum mencapai tahap serius, namun masyarakat Malaysia harus mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan bersama.
Berita

COVID-19: Tiada Lagi Kuarantin Di Rumah Mulai 15 Julai

gempak
05/07/2024
18:40 MYT
Individu positif Covid-19 tidak lagi dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO) atau kuarantin di rumah dan tidak perlu melaporkan status positif ujian kendiri dalam aplikasi MySejahtera berkuat kuasa 15 Julai ini.
Hiburan

Rezeki Berlakon Datang Gara-Gara COVID-19, Arfie Shah Akui Masih Nervous Setiap Kali Uji Bakat Lakonan

gempak
05/07/2024
03:55 MYT
Pelakon baharu, Arfie Shah mendedahkan yang dia membina badan sebelum menjalani penggambaran bagi drama siri Astro Originals, X-Change.
Sukan

Teruk Dikritik, Pakaian Kontinjen Diperkenalkan Tak Akan Digunakan Untuk Perbarisan Olimpik

gempak
27/06/2024
09:47 MYT
Pakaian kontinjen Malaysia yang diperkenalkan oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) baru-baru ini tidak akan digunakan pada perbarisan Majlis Perasmian Sukan Olimpik Paris 2024 yang akan membuka tirai pada 26 Julai ini.
Berita

AstraZeneca Tarik Balik Vaksin COVID-19 Di Seluruh Dunia

gempak
08/05/2024
04:36 MYT
Syarikat farmaseutikal global Britain-Sweden, AstraZeneca menarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia, lapor Telegraph semalam.