,
Laman Utama

Kes Bunuh - Isteri Baru Report Polis, 3 Bekas Madu Nak Larikan Diri?

Syafiqah Jalal
13/07/2022
07:56 MYT
Kes pembunuhan lelaki bernama Jay mengejutkan semua dalam episod 1 Gempak Original Series, The Maid 2 pada minggu lalu.
Hari ini dalam episod 2, dramanya lebih mendebarkan apabila persoalan siapa yang membunuh penulis novel yang dilakonkan oleh Norman Hakim itu masih menjadi tandaa tanya.
Keesokan pagi situasi di resort jadi kecoh dengan kematian Jay. Qina isteri baharu Jay arahkan resort di lockdown dan tiada siapa dibenarkan keluar.
Qina yang dilakonkan oleh Marsha Milan Londoh hubungi polis tetapi pihak polis hanya boleh datang sebaik saja cuaca buruk reda.
Sementara itu ketiga-tiga bekas isteri Jay dan maid mereka Suhana yang dilakonkan oleh Sherry Alhadad, Kak Mel (Eida Moin), Nadia (Datin Paduka Eina Azman) dan Fika(Ezzaty Abdullah) panik dan mereka seperti cuba hendak melarikan diri.
Remy terjumpa sebuah bot tersembunyi di pelantar. Dia syak ada orang cuba nak lari keluar dari resort itu. Belum sempat Remy hubungi Dean,sesuatu yang berlaku kepadanya.
Siapakah pembunuh misteri pada kali ini? Saksikan The Maid 2 yang ditayangkan pada setiap hari Rabu, jam 9.30 malam mulai 6 Julai 2022 melalui saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel.
Khas untuk pelanggan Astro, mereka berpeluang menyaksikan dua episod pertama secara serentak, juga pada 6 Julai 2022 mulai jam 9.30 malam secara strim menerusi On Demand. Dapatkan Pek Primary Astro serendah RM59.99 sebulan secara online di astro.com.my untuk menikmati siri komedi ini di Astro.
Selain itu, ‘Video Pengakuan The Maid 2’ (Digital Extension) boleh ditonton secara percuma di platform Gempak.com setiap Rabu pukul 10.05 mulai 6 Julai. Video Pengakuan ini menampilkan temubual secara intim dengan karakter-karakter seperti pengakuan Suhana, Nadia, Fika, Qina dan ramai lagi mengenai apa yang berlaku setiap minggu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

You Know Nothing About Sports: Ernie Zakri Sakit Perut Sebelum Main Bola Jaring Dengan Sherry Alhadad Gara-Gara….

gempak
19/09/2024
11:25 MYT
You Know Nothing kini kembali dengan You Know Nothing About Sports yang menampilkan Sherry Alhadad akan berpasangan dengan seorang selebriti popular tempatan untuk mencuba mempelajari satu sukan baru.
Hiburan

Abby Abadi Sambut Hari Lahir Danisha, Kehadiran Marissa Dania Pula Tarik Perhatian Netizen - “Mama Sayang Semua Anak-Anak…”

gempak
16/09/2024
02:58 MYT
Pelakon Abby Abadi berkongsi momen dia sekeluarga membuat kejutan hari lahir buat anak perempuannya Maria Danisha Hakim pada malam, Ahad.
Viral

Wanita Buat POV Suami Isteri Dengan Anak Buat Permohonan Maaf - “Saya Cari Rezeki Halal,Hanya Lakonan Semata..”

gempak
15/09/2024
05:11 MYT
Tidak tahan dengan kecaman yang di terima, seorang wanita yang dikenali sebagai Dya tampil memberi penjelasan berhubung konten ‘POV’ suami isteri melibatkan anaknya yang masih di bawah umur.
Hiburan

Tidur Di Pejabat, Baim Wong & Isteri Sudah Pisah Ranjang?

gempak
13/09/2024
23:55 MYT
Kisah rumah tangga Baim Wong dan isteri, Paula Verhoeven yang didakwa sedang retak menanti belah memang menjadi pemberitaan media hiburan Indonesia.
Hiburan

You Know Nothing About Sports: Sherry Alhadad & Che Ta Belajar Main Skuasy Sampai Bola ‘Melekat’ Pada Kepala Abang Cameraman

gempak
12/09/2024
13:25 MYT
You Know Nothing kini kembali dengan You Know Nothing About Sports yang menampilkan Sherry Alhadad akan berpasangan dengan seorang selebriti popular tempatan untuk mencuba mempelajari satu sukan baru.