,
Laman Utama

Kes Anjing Serang Wanita, Nelayan Mengaku Cuai

Fiza Kamarudin
07/08/2020
02:52 MYT
Seorang lelaki didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas tuduhan cuai sehingga menyebabkan anjing peliharaannya menyerang dan mencederakan seorang wanita, bulan lalu.
Liew Sea Hai, 43, yang bekerja sebagai nelayan, mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh.
Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa dengan cuai menyebabkan haiwan peliharaannya itu mencederakan Purba Evita Kristina, 23, di hadapan rumah Nombor 5, Jalan Marikh 8, Taman Tanjung Minyak Perdana, di sini kira-kira jam 9.30 malam pada 27 Julai lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 289 Kanun Keseksaan, yang boleh dipenjara maksimum enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Terdahulu, tertuduh yang diwakili peguam, Surendran Chelvarajah, memohon mahkamah mengurangkan hukuman kerana menyesali kejadian terbabit.
"Anjing OKS (orang kena saman) juga sudah dirantai, tetapi kecuaiannya pada hari kejadian adalah membiarkan pagar rumah itu terbuka.
"Ketika kejadian, rantai besi yang mengikat anjing terputus menyebabkan ia lari keluar daripada rumah disewanya," katanya.
Timbalan Pendakwa Raya, Raudhah Mazman, memohon hukuman berat kerana kes berkenaan sudah tular dan perlu menjadi pengajaran kepada masyarakat.
Mohamad Izwan kemudian menetapkan denda maksimum RM2,000, manakala penjara tiga bulan jika tertuduh gagal membayar denda berkenaan.
Mahkamah turut mengarahkan anjing terbabit diserahkan kepada Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) untuk tindakan susulan.
Pada 29 Julai lalu, seorang wanita cedera selepas diserang dan digigit anjing belaan ketika berjalan di sebuah kawasan perumahan di Tanjung Minyak.
Ketika kejadian, mangsa terpaksa menggunakan tangannya untuk mempertahankan diri daripada terus diserang haiwan terbabit yang cuba menggigit lehernya.
Sumber/Foto: BH Online
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Unitar