,
Laman Utama

"Kes Aktif Meningkat Kerana Pembukaan Semula Rentas Negeri" - DG Hisham

Gempak
23/11/2021
23:50 MYT
Trend penurunan purata kes aktif yang dulunya konsisten selama 10 minggu, kini menunjukkan peningkatan semula selepas lima minggu kebenaran merentas negeri diumumkan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kesan peningkatan kes baharu dan kes aktif selama dua minggu berturut-turut ini dapat dilihat melalui kemasukan kes ke fasiliti kesihatan terutamanya bagi pesakit kategori tiga hingga lima.
"Bagaimanapun, keberkesanan vaksin Covid-19 dalam mengurangkan kematian terus dapat dilihat dengan secara keseluruhannya terdapat penurunan kes kematian, kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan kes memerlukan alat bantuan pernafasan.
"Berdasarkan analisis situasi semasa jangkitan Covid-19 sehingga 20 November Minggu Epidemiologi (ME) ke-46, sebanyak 2,581,747 kes kumulatif Covid-19 telah dilaporkan dengan 69,485 kes aktif dan 29,978 kes kumulatif kematian.
"Kebanyakan indikator utama jangkitan Covid-19 menunjukkan trend penurunan kecuali purata kes aktif yang meningkat enam peratus berbanding ME ke-45," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, purata kes aktif meningkat sebanyak 6.0 peratus daripada 62,224 kes (ME ke-45) kepada 65,722 kes (ME ke-46) sepanjang 14 hingga 20 November manakala, kes kematian konsisten menunjukkan penurunan 7.5 peratus dari 375 kematian kepada 347 kematian.
"Purata kes di ICU juga menurun 10 peratus iaitu 504 kes kepada 452 kes, purata kes memerlukan alat bantuan pernafasan menunjukkan sedikit penurunan (3.3 peratus) dari 186 kes (ME ke-44) kepada 179 kes (ME ke-45) manakala, nilai Rt menurun 0.8 peratus dari 1.05 (95 peratus CI 1.05 – 1.06) kepada 1.01 (95 peratus CI 1.00 – 1.02) sejak 15 November," katanya.
Mengenai kluster, beliau berkata, terdapat kumulatif 5,878 kluster dilaporkan dan hanya 240 kluster masih aktif sekali gus penurunan sebanyak 13.7 peratus berbanding ME ke-45.
Sumber: Kosmo!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.