,
Laman Utama

“Kereta T20, Tapi Perangai Kepam” - Netizen Puas Hati Pemandu Wanita Culas Bayar Tol Akhirnya Kantoi

Izwan Isa
09/01/2023
23:50 MYT
Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Mungkin pepatah itu tepat sekali menggambarkan situasi sebuah kenderaan yang ditahan kerana culas membayar tol.
Menerusi ciapan di Twitter, Kumpulan Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) memberitahu yang penahanan kenderaan itu dilakukan di Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) semalam.
Apa yang memeranjatkan, pemilik kenderaan mewah tersebut didapati culas membayar tol sebanyak 45 kali, membawa jumlah keseluruhan ‘hutang’ yang perlu dilangsaikan sebanyak RM275.65. "Dah 2023 perangai masih tak berubah. Lagi pengguna culas bayar tol ditahan. 45 kali terlepas bayar tol, jumlah tunggakan RM275.65 telah dilangsaikan serta-merta.
“Jadikan ini iktibar ya, jangan tiru aksi tak bermoral ni, anda bukan saja menceroboh, perbuatan ini juga membahayakan kenderaan lain," kata ciapan tersebut.
Meninjau ruangan balasan dan juga ulang ciap, rata-rata mengkritik tindakan pemandu tersebut yang enggan membayar tol ketika menggunakan lebuh raya.
“Kereta T20 tapi ya Allah perangai kepam nak mamp*s tak nak bayar tol. Tunjuk la muka tu. Bagi dia famous!”
“Tak bayar tol sebab tu mampu pakai kereta mewah.”
“Patut kali 1,000. Setakat bayar balik jumlah tol tu apalah sangat.”
“Patut kena bayar 3 kali, 4 kali ganda. Biar kasi faham.”
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dituduh Buat Laporan Polis Terhadap ‘Abang Bas’, Diana Danielle Minta Netizen Kemukakan Bukti! - “Nak Maki Pun, Carilah Fakta Yang Betul…”

gempak
20/09/2024
00:55 MYT
Pelakon Diana Danielle menegaskan dia tidak pernah membuat laporan polis terhadap pemandu bas atau ‘Abang Bas’ seperti yang didakwa segelintir netizen di laman sosial.
Hiburan

Gimik Bagi Cincin, Adira Nafi Dakwaan Mempermainkan Isu Rumah Tangga - “Cukuplah Hanya Saya & Abang Red Sahaja Tahu”

gempak
19/09/2024
23:55 MYT
Penyanyi, Adira Suhaimi menafikan dakwaan mempermainkan isu rumah tangga bersama bekas suaminya iaitu usahawan yang kini dipanggil Abang Red.
Viral

Individu Geram Dengan Sikap Ibu Bapa Pentingkan Diri Sendiri, Pilih Tempat Percutian Tanpa Fikir Keselesaan Anak - “Tak Faham Kenapa Mereka Bebal Macam Tak Ada Otak…”

gempak
19/09/2024
21:55 MYT
Tular di aplikasi X, seorang individu meluahkan rasa berang terhadap sikap segelintir ibu bapa zaman sekarang yang mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan tentang anak-anak.
Filem

Buat Pemujaan Dalam Kondo, Ada Yang Aktif Dalam Talian… Ini Kisah Bomoh Tempatan Yang Pernah Menggemparkan Seluruh Negara

gempak
19/09/2024
16:55 MYT
Perbomohan merupakan salah satu ikhtiar manusia untuk mencari kesembuhan dan menyelesaikan masalah.
Berita

Order Air Tanpa Gula, Dapat Diskaun 20 Sen!

gempak
19/09/2024
15:55 MYT
Timbalan Menterinya Senator Fuziah Salleh berkata, menerusi kempen ini, pengurangan harga sebanyak 20 sen diberikan bagi semuanya minuman yang tidak bergula.