,
Laman Utama

Kereta Rosak Selepas Isi Petrol, Haqiem Rusli Terkilan Stesen Minyak Enggan Bertanggungjawab - “Kos Untuk Baik Pulih Dianggarkan Hampir…”

Asyikin Mayudin
05/05/2023
04:55 MYT
Penyanyi Haqiem Rusli meluahkan rasa terkilan terhadap sebuah stesen minyak di Terengganu yang enggan bertanggungjawab atas kecuaian pihak mereka.
Menurut kenyataan rasmi yang dimuat naik di Instagram, Haqiem memberitahu keretanya mengalami kerosakan selepas mengisi minyak bercampur air di stesen tersebut.
“Saya dan isteri menegaskan bahawa pihak stesen minyak itu tidak memberi kerjasama untuk membayar kos membaik pulih kereta saya yang rosak akibat dibekalkan minyak yang bercampur air ketika mengisi minyak petrol di stesen minyak itu.
“Untuk makluman pada 17 Mac 2023, saya telah mengisi minyak petrol di situ. Kemudian saya meneruskan perjalanan keluar dari stesen minyak tersebut tetapi lebih kurang 100 meter, kereta saya menunjukkan tanda amaran dan menyebabkan enjin kereta mati dan tidak dapat dihidupkan semula.
“Kemudian kereta saya terpaksa ditunda ke bengkel Autorized Mercedes Benz paling berdekatan. Pada 19 Mac 2023, pihak Asbenz Stern Sdn. Bhd. selaku Autorized Mercedes Benz dealer telah memaklumkan kepada saya bahawa kerosakan yang berlaku ke atas kereta saya disebabkan dalam tangki minyak kereta terdapat air yang berlebihan daripada minyak.
“Pihak Asbenz memberitahu kos untuk membaik pulih kereta saya ini dianggarkan hampir RM50,000. Pada 22 Mac 2023, saya telah pergi ke stesen minyak itu dengan tujuan untuk berbincang tentang penyelesaian atas perkara ini dan pihak mereka meminta kerjasama daripada saya untuk memberikan pihak mereka lebih masa bagi menyelesaikan masalah kereta saya,” katanya.
Pada kenyataan yang sama, Haqiem turut mendedahkan pihak stesen minyak tersebut mahu memindahkan keretanya ke bengkel yang bukan dibawah kuasa jenama Mercedes Benz.
“Beberapa hari kemudian pihak stesen minyak itu telah menghubungi saya untuk meminta kebenaran memindah kereta saya untuk dibaiki di bengkel yang dicadangkan oleh pihak mereka tidak berstatuskan Autorized Mercedes Benz.
“Sedangkan kereta saya masih dalam waranti, maka saya tidak memberikan kebenaran kepada mereka untuk menunda kereta saya yang berada di bengkel Asbenz untuk pihak mereka pindahkan ke bengkel lain. Bermula dari itulah pihak mereka tidak lagi menjawab penggilan dan mesej daripada saya.
“Setakat hari ini sudah hampir sebulan lebih pihak mereka menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab dengan berdiam diri dan gagal memberikan maklum balas apabila dihubungi sedangkan saya tertunggu-tunggu jawapan daripada pihak mereka.
“Saya juga rasa amat dukacita di atas kegagalan pihak mereka dalam memberikan kerjasama kepada pelanggan seperti saya yang ada masalah kereta rosak disebabkan oleh kecuaian pihak mereka menjual minyak yang bercampur air mengakibatkan saya terpaksa menanggung kerugian yang besar untuk membaik pulih kereta itu,” ujarnya.
Dalam pada itu, Haqiem juga berharap pihak kerajaan khususnya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Malaysia (KPDN) mengambil tindakan terhadap stesen minyak tersebut.
“Saya juga amat berharap dan memohon kepada pihak kerajaan khususnya KPDN agar mengambil tindakan yang tegas dengan membatalkan lesen kepada pengusaha stesen minyak yang menipu rakyat dengan menjual minyak bercampur air kepada pengguna,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Belanjawan 2025: Penyasaran Subsidi RON95 Pertengahan Tahun Depan - Anwar

gempak
18/10/2024
09:25 MYT
Kerajaan bercadang untuk melaksanakan penyasaran subsidi petrol RON95 pada pertengahan tahun 2025, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan anggaran sekitar RM12 bilion untuk 85 peratus rakyat Malaysia.
Viral

Cahaya Icha Belanja Ibu Bapa Tak Cukup Duit Nak Beli Minyak Wangi Untuk Anak, Netizen Pula Yang ‘Panas Hati’ - “Tolonglah Jangan Bebankan Mak Ayah!”

gempak
10/09/2024
14:25 MYT
Video pempengaruh terkenal di TikTok, Cahaya Icha, yang memperlihatkan dia membantu sepasang suami isteri yang ingin membeli minyak wangi untuk anak mereka mendapat perhatian netizen.
Viral

Pengguna Luah Rasa Kecewa Stesen Minyak Jual Makanan Berkulat

gempak
09/08/2024
13:55 MYT
Seorang pengguna meluahkan rasa kecewa apabila makanan yang didakwa dibeli di sebuah stesen minyak didapati sudah berkulat.
Viral

Pekerja Turkiye Enggan Isi Minyak Pesawat Israel

gempak
01/07/2024
13:44 MYT
Syarikat penerbangan nasional Israel, El Al memaklumkan pada 30 Jun yang penerbangannya dari Warsaw ke Tel Aviv tidak dibenarkan mengisi petrol di lapangan terbang Antalya selepas melakukan pendaratan kecemasan untuk memindahkan penumpang atas sebab perubatan.
Hiburan

“Kita Ketawa, Menangis & Kadang-Kadang Bertengkar”- Isteri Haqiem Rusli

gempak
18/06/2024
06:55 MYT
Isteri kepada penyanyi Haqiem Rusli iaitu Anis Sofea memberi ucapan istimewa buat suaminya sempena ulang tahun kelahiran penyanyi itu yang ke 26 tahun baru-baru ini.
BorakSeeni