,
Laman Utama

Kereta Rempuh Kubur? Allahuakbar Bukan Sebab Kesihatan Je, Rupanya Pemandu Baru Kehilangan…

Hanafis Haris
18/02/2022
04:30 MYT

Kecoh di media sosial apabila sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi dikatakan merempuh kawasan tanah perkuburan.

Disebabkan itu, ramai mempersoalkan punca sebenar ia boleh berlaku memandangkan kejadian tersebut agak sensitif kerana membabitkan kawasan orang yang sudah meninggal dunia.

Menurut laporan sebuah media tempatan, kejadian didakwa berlaku selepas pemandu yang juga seorang wanita berusia 60 tahun tersebut selesai menziarahi kubur suaminya dalam kejadian di Tanah Perkuburan Islam Forest Height di Senawang itu.

Jelas Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof, pemandu dikatakan telah pitam akibat kekurangan gula.

“Ketika hendak bergerak keluar dari tanah perkuburan tersebut, pemandu Perodua Myvi itu berada dalam keadaan kekurangan gula dalam darah, lalu pitam.

“Ini menyebabkan kenderaan yang dipandunya bergerak ke hadapan secara tidak sengaja lalu melanggar dua tapak perkuburan di lokasi kejadian,” katanya.

Dalam pada itu, menurut seorang lelaki yang mendakwa dirinya merupakan anak kepada pemandu terbabit menyatakan ibunya masih dalam keadaan trauma dan bersedih kerana baru sahaja kehilangan suami tercinta akibat COVID-19.

Malah, keluarganya kini berusaha untuk memulihkan semula semangat ibunya.

“Saya memohon jasa baik orang ramai untuk berhenti menularkan insiden ini agar tiada lagi salah faham yang timbul di kalangan masyarakat,” katanya.

Difahamkan, pelanggaran tersebut menyebabkan kerosakan pada dua tapak perkuburan manakala Perodua Myvi itu hanya mengalami kerosakan kecil di bahagian hadapan.

Tiada kecederaan yang dialami oleh pemandu Myvi.

Sumber: Utusan, Facebook

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.