,
Viral

Kereta Raya! Penjawat Awam Menang Cabutan Bertuah Nissan GTR, Berbaloi Beli 5 Pasang Baju Melayu Bulan Bintang

Amri Hassan
08/04/2024
16:11 MYT
Rezeki terpijak! Seorang penjawat awam berusia 40 tahun dari Kuala Berang, Terengganu, Muhammad Alhafizi Bidin tidak menyangka apabila diumumkan sebagai pemenang hadiah utama berupa kenderaan mewah berkuasa tinggi model Nissan GTR R35 daripada Kempen Terrrrpaling Raya Bulan Bintang, semalam.

BERITA TRENDING: Pengasas Bulan Bintang Berhabis RM200,000 Untuk CSR Kempen Sinar Ramadan, Tambah 10 Hadiah Pakej Umrah!

Rezeki 10 malam terakhir Ramadan

Alhafizi berkata, kemenangan yang dikongsi bersama jejaka dari Kedah, Muhammad Nazdrul Abdullah selepas mereka berpakat untuk menyertai cabutan bertuah itu akhirnya membuahkan hasil lumayan sekali gus menjadikan sambutan Aidilfitri pada tahun ini cukup bermakna.
"Syarat utama untuk menyertai cabutan bertuah ini adalah kami perlu memiliki tiket emas (golden ticket) untuk dua jenama iaitu Bulan Bintang dan Hausboom. Alhamdulillah selepas membuat pembelian baju Melayu Bulan Bintang sebanyak lima pasang, saya mendapat tiket emas ini.
"Jadi sepanjang menunggu siapakah individu yang memenangi tiket emas bagi kempen raya Hausboom, saya selalu mengikuti setiap siaran langsung dan kandungan yang dimuat naik oleh kedua-dua jenama.
"Tanpa disangka, saya menerima mesej peribadi daripada seorang lelaki tidak dikenali yang berjaya mendapat tiket emas dari Hausboom Khamis lalu, jadi kami berdua berpakat untuk membuat penyertaan bersama dan tak sangka menang hadiah utama ini.
"Ini adalah hadiah kemenangan yang cukup istimewa dan rezeki sempena 10 malam terakhir Ramadan. Setiap hari saya berdoa agar ada rezeki untuk menang kereta mewah ini dan tak sangka Allah makbulkan doa saya itu," katanya.

PILIHAN PEMBACA: Bulan Bintang Berhabis RM11 Juta Untuk Kempen Terrrrpaling Raya - "Tahun Ni Kami Beri 150,000 Sampin Percuma & Baju Batik"

Viral satu Malaysia!

Menurut Alhafizi, dia berminat untuk menyertai cabutan bertuah itu kerana tertarik dengan tawaran hadiah yang diberikan kepada pembeli Bulan Bintang.
"Selepas saya tonton video Bulan Bintang The Terrrrpaling Raya Fashion Show yang menawarkan hadiah cabutan bertuah bernilai RM3.2 juta saya terus berminat untuk sertai. Lagipun saya dan lima anak lelaki tak pernah pakai baju Melayu jenama Bulan Bintang sebelum ini, jadi kami memang teruja nak menggayakannya pada Aidilfitri nanti.
"Sejujurnya ini adalah hadiah paling besar pernah saya terima. Bukan itu saja, wajah saya juga terus viral satu Malaysia sebaik diumumkan sebagai pemenang. Saya tak berhenti terima panggilan telefon daripada saudara-mara dan rakan-rakan.
"Sebelum ini saya pernah sertai beberapa peraduan kecil, tapi nasib selalu tidak menyebelahi. Alhamdulillah kali ini memang luar biasa dan hadiah yang diterima pun buat saya menggigil sebab tak pernah terjangkau dalam fikiran saya.
"Apapun saya ingin berterima kasih kepada pemilik Bulan Bintang iaitu Azzim Zahid Azmi kerana berjaya menganjurkan peraduan yang cukup hebat ini. Saya tengok di media sosial ramai pembeli yang begitu gembira apabila memenangi pelbagai hadiah sepanjang kempen ini dijalankan. Terima kasih Bulan Bintang," katanya.
Terdahulu, Alhafizi dan Nadzrul yang yang masing-masing menerima tiket emas (Golden Ticket) daripada Bulan Bintang dan Hausboom berpakat untuk bergabung dan berkongsi hadiah Nissan GTR R35.
Mereka hadir untuk menerima hadiah utama kempen Terrrrrpaling Raya itu yang diserahkan sendiri oleh pengasas Bulan Bintang, Azzim Zahid Azmi (Meri) dan pengasas Hausboom, Azri Zahier Azmi (John Lemon), semalam.
Video penyerahan hadiah yang dimuat naik di Instagram milik Meri mendapat perhatian warganet dan meraih hampir 900,000 tontonan setakat artikel ini ditulis.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.