,
Viral

Kereta Elak Motosikal Terbabas Sebabkan 7 Kenderaan Kemalangan

Muhammad Firdaus
13/02/2024
02:25 MYT
Baru-baru ini tular di Platform X tentang satu video memaparkan sekumpulan penunggang motosikal terlibat dalam kemalangan di Kilometer 5.4 Jalan Ismail Sultan menghala ke Johor Bahru.
Menurut sumber, difahamkan kejadian itu berlaku akibat daripada sebuah kereta yang tiba-tiba menukar laluan kanan ke kiri bagi mengelak melanggar motosikal terbabas, yang tidak dialihkan di lorong kanan.

BERITA TRENDING: Ismail Izzani Kemalangan Tunggang Motosikal, Alami Cedera Ringan - "So Far So Good, Alhamdulillah Okey"

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, kemalangan yang berlaku pada jam 9.21 malam itu bermula apabila dua buah kereta jenis Mazda dan Kia masing-masing cuba mengelak motosikal yang terbabas di lorong kanan.
“Tindakan berkenaan menyebabkan sebuah motosikal yang bergerak lurus tidak sempat mengelak dan melanggar bahagian belakang kereta Kia.
"Kemudian disusuli pelanggaran empat motosikal sesama sendiri yang juga datang dari arah belakang," katanya. Tambahnya lagi, dua mangsa parah dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Aminah, manakala empat lagi penunggang mengalami kecederaan ringan.
“Kemalangan menyebabkan dua mangsa parah dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah di sini, manakala empat penunggang motosikal yang lain mengalami cedera ringan.
“Kedua-dua pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan," jelasnya.
Sekadar info, sebanyak tujuh kenderaan termasuk lima motosikal yang terlibat dalam kemalangan berkenaan.
Kes di siasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sumber: Berita Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.