,
Hiburan

Kereta Dibaling Penghadang Jalan... Alami Kecederaan Hidung & Tangan Kanan, Reza Hasbi Buat Laporan Polis

Zulaikha Yusof
17/07/2019
04:28 MYT
Pelakon Reza Hasbi mendedahkan keretanya telah dibaling penghadang jalan oleh seorang pengawal keselamatan di perkarangan Hospital Sungai Buloh pada Isnin lalu.
Menurut Reza, kejadian tersebut berlaku disebabkan dirinya telah meletakkan kenderaan di kawasan larangan.
Walaubagaimanapun, Reza bertindak ingin mengubah keretanya ke lokasi lain namun telah dimarahi sehinggakan berlaku pergaduhan.
"Kejadian ini berlaku malam tadi 15/7/2019. Saya harap apa yang berlaku ini boleh memberi pengajaran pada kita semua.
"Report polis sudah saya buat disebabkan selepas rakaman saya itu terhenti berlaku pergaduhan fizikal antara saya dengan dia kerna sering kali memprovakasi saya atau mencabar kesabaran saya.
"Rakaman yang saya buat ini selepas dia membaling penghadang jalan di belakang kereta saya," tulisnya.
Menerusi rakaman video yang dimuat naik di akaun Instagram (IG) miliknya, kelihatan Reza keluar dari kereta untuk menyelesaikan masalah.
Namun, pengawal keselamatan itu tiba-tiba marah menggunakan bahasa yang tidak difahami.
"Bos, sekarang ini you marah saya ke apa?" tanya Reza.
"Saya bukan marah awak tetapi sini tidak boleh meletakkan kenderaan," jawab pengawal terbabit.
"Saya tahu tapi tak boleh ke cakap elok-elok. Kita ada bahasa," balas Reza.
Reza atau nama sebenarnya Mohamad Ridzuan Hasbullah turut berkongsi foto salinan laporan polis yang telah dibuat.
Pelakon filem Showdown ini mendedahkan dirinya telah mengalami kecederaan hidung dan tangan kanan akibat pergaduhan dengan pengawal itu.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut akui turut sama tidak memahami bahasa yang digunakan oleh pengawal itu namun bersyukur kerana Reza terselamat.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Selepas Ditahan Di Wad Zon Merah, Lan Pet Pet Syukur Kembali Sihat - “Saya Tak Henti Berzikir, Dapat Keluar Malam Tu Juga"

gempak
20/09/2024
05:55 MYT
Pelawak dan pelakon, Lan Pet Pet berkongsi kisah dia terpaksa dikejarkan ke hospital apabila tiba-tiba jatuh sakit pada malam 31 Ogos lalu.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Hiburan

Daniel Leong Serius Ceburi Bidang Lakonan, Akui Loghat Sabah Sebagai Cabaran – “Saya Juga Half Chinese…”

gempak
18/09/2024
03:55 MYT
Model dan juga pempengaruh Daniel Leong kini serius dalam menceburkan diri dalam bidang lakonan.
Hiburan

Aiman Ameer Kalis Wajah Disamakan Dengan Artis Lain, Cerita Kisah Lucu Ditahan Di Road Block - "Saya Perasan Bila Ada Yang Kata ..."

gempak
18/09/2024
03:25 MYT
Pelakon meningkat naik, Aiman Ameer tampil memberi respons apabila ramai menyatakan wajahnya seiras dengan beberapa selebriti lain.
Hiburan

Beto Kusyairi Titip Nasihat Buat Pelakon Baharu Yang Idamkan Trofi Oscar - "Kita Kena Sedar Diri Kita .

gempak
17/09/2024
01:55 MYT
“Kita kena sedar diri kita,” itulah reaksi pelakon Beto Kusyairi apabila ditanyakan sama ada dirinya pernah memburu untuk memperolehi trofi Oscar.