,
Laman Utama

Kereta 5 Mangsa Rentung Tersepit Di Antara Dua Treler, Tak Dapat Selamatkan Diri

Azwa Rahman
12/05/2022
07:10 MYT
Kereta membawa lima mangsa yang rentung dalam nahas tiga kenderaan di Lebuhraya Utara Selatan awal pagi tadi dipercayai dirempuh dari belakang sebelum terbakar.
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob ketika ditemui pada Khamis berkata siasatan awal mendapati kereta mangsa berada di belakang treler membawa muatan mozek di lorong kanan disebabkan lorong kiri laluan KM246-244.4 ditutup untuk penyelenggaraan jalan.
Namun, secara tiba-tiba, sebuah treler membawa muatan besi pagar dari arah belakang kereta tidak sempat membrek lalu merempuh belakang kereta mangsa sebelum menyeretnya ke hadapan sehingga melanggar belakang treler muatan mozek.
Akibat nahas tersebut, treler muatan besi pagar itu terbakar sebelum api merebak ke bahagian kepala treler.
Menurut Omar Bakhtiar, akibat tersepit, kesemua mangsa di dalam kereta jenis Honda City itu tidak dapat menyelamatkan diri.
Beliau dalam pada itu mengesahkan lima mangsa yang rentung dalam kemalangan di Kilometer 245.2 Lebuhraya Utara Selatan, arah utara awal pagi tadi merupakan penuntut Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Kuala Kangsar.
Identiti kesemua mangsa yang berumur di antara 19 hingga 23 tahun itu sedang dikenal pasti.
"Lima orang tersebut kita kenal pasti, berumur lebih kurang daripada 19 tahun hingga 23 tahun yang dipercayai pelajar daripada Universiti Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar.
"Identitinya sebenar mangsa kita sedang kenal pasti.
"Kelima-lima mangsa yang rentung tersebut semuanya lelaki. "Mereka dipercayai dari Ipoh nak balik ke Kuala Kangsar," kata Omar Bakhtiar ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Kuala Kangsar pada Khamis.
Polis telah menahan pemandu treler berusia 28 tahun yang membawa muatan besi pagar untuk siasatan lanjut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sumber: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dituduh Buat Laporan Polis Terhadap ‘Abang Bas’, Diana Danielle Minta Netizen Kemukakan Bukti! - “Nak Maki Pun, Carilah Fakta Yang Betul…”

gempak
20/09/2024
00:55 MYT
Pelakon Diana Danielle menegaskan dia tidak pernah membuat laporan polis terhadap pemandu bas atau ‘Abang Bas’ seperti yang didakwa segelintir netizen di laman sosial.
Hiburan

Gimik Bagi Cincin, Adira Nafi Dakwaan Mempermainkan Isu Rumah Tangga - “Cukuplah Hanya Saya & Abang Red Sahaja Tahu”

gempak
19/09/2024
23:55 MYT
Penyanyi, Adira Suhaimi menafikan dakwaan mempermainkan isu rumah tangga bersama bekas suaminya iaitu usahawan yang kini dipanggil Abang Red.
Viral

Individu Geram Dengan Sikap Ibu Bapa Pentingkan Diri Sendiri, Pilih Tempat Percutian Tanpa Fikir Keselesaan Anak - “Tak Faham Kenapa Mereka Bebal Macam Tak Ada Otak…”

gempak
19/09/2024
21:55 MYT
Tular di aplikasi X, seorang individu meluahkan rasa berang terhadap sikap segelintir ibu bapa zaman sekarang yang mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan tentang anak-anak.
Filem

Buat Pemujaan Dalam Kondo, Ada Yang Aktif Dalam Talian… Ini Kisah Bomoh Tempatan Yang Pernah Menggemparkan Seluruh Negara

gempak
19/09/2024
16:55 MYT
Perbomohan merupakan salah satu ikhtiar manusia untuk mencari kesembuhan dan menyelesaikan masalah.
Berita

Order Air Tanpa Gula, Dapat Diskaun 20 Sen!

gempak
19/09/2024
15:55 MYT
Timbalan Menterinya Senator Fuziah Salleh berkata, menerusi kempen ini, pengurangan harga sebanyak 20 sen diberikan bagi semuanya minuman yang tidak bergula.