VIRAL
Kerap Kongsi Video Anak, Netizen Harap Ridzuan Ridzokumura Beri Ruang Sky Untuk Bersedih Secara Privasi - “Kadang Kesian Tengok…”
Semenjak pemergian isteri kepada Ridzuan Ridzokumura iaitu Akiko Okumura pada Jumaat lalu, kehidupan usahawan itu sentiasa menjadi perhatian warganet di laman sosial.
Beri ruang
Apa saja yang dikongsikan Ridzuan terutama berkaitan anak mereka iaitu Sky Taizo Okumura, 13 tahun yang kini masih terkesan dengan pemergian ibu tercinta juga mengundang pelbagai reaksi netizen.
BERITA TRENDING: "Sedihnya Tengok Sky…" – Momen Sayu Anak Ridzuan Ridzokumura Raih Simpati Warganet
BERITA TRENDING: Isteri Ridzuan Ridzokumura Meninggal Dunia
BERITA TRENDING: Zarina Zainuddin Ambil Alih Tugas Allahyarhamah Akiko, Sediakan Sahur Buat Sky
BERITA TRENDING: Emosi Sky Masih Belum Stabil, Ridzuan Ridzokumura Cuba Pulihkan Semangat Anak - “Setiap Hari Dia Menangis Ingat Mummy”
Ada yang turut berasa sebak dan sedih melihat keadaan emosi Sky yang masih belum stabil selepas kehilangan ibu tercinta.
Bagaimanapun terdapat segelintir netizen yang berharap Ridzuan memberi ruang kepada anak lelakinya untuk bersedih secara privasi tanpa menayangkannya di laman sosial.
“Tak perlu shove camera kot depan dia waktu dia tengah menangis. Biarlah keluarga grieve in private. Kadang kesian aku tengok Sky ni asyik dijadikan content yang macam ni. Satu, dua video boleh la diterima. Ni everytime. Kesian kat dia.
“Ridzo, tolong jangan masukkan Sky dalam TikTok. Saya rasa dia tidak selesa seperti ibunya yang seorang introvert. Beri ruang untuk dia pulih.
“Rasanya dalam masa berkabung kurang-kuranglah pegang phone. Banyakkan doa untuk arwah. Nampak Sky terkesan sangat.
“Tolong ambil masa untuk berehat sekejap, awak dan Sky. Berhubung antara satu sama lain, berdoa, pulih sama-sama,” komen beberapa netizen.
Cara teruskan hidup
Ada juga netizen yang menganggap perkongsian itu salah satu cara Ridzuan untuk meneruskan kehidupan memandangkan dia sedang bersedih selepas kehilangan orang tersayang.
Jenazah Akiko Okumura telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam USJ22, Subang Jaya, Selangor pada pagi Sabtu.
Pemergian mengejut Akiko meninggalkan kesan mendalam kepada suami dan anak lelaki mereka, Sky Taizo Okumura, 13 tahun.
Ridzuan dan arwah isterinya, yang berasal dari Jepun, telah mendirikan rumah tangga sejak tahun 2009. Kini, Ramadan tidak lagi sama tanpa sentuhan kasih dan masakan isteri tercinta.
Must-Watch Video