,
Viral

Kerap Jadi Lokasi Shooting Filem, Rumah Biru Ikonik Kampung Baru Bakal Dirobohkan? Pemilik Luah Rasa Sayu - "Rasminya Kami Semua Telah Keluar..."

Muhammad Firdaus
27/06/2024
03:55 MYT
Rumah yang sering kali menjadi tumpuan untuk penggambaran filem, 'Rumah Biru' yang terletak di Kampung Baru dipercayai bakal dirobohkan.

Bakal Dirobohkan Kerana Projek?

Perkara itu dikongsikan oleh salah seorang pemiliknya, Shafiq Abdullah di Facebook yang menyatakan bahawa rumah yang mengekalkan keaslian seni bina tradisional Melayu itu mungkin akan dirobohkan bagi pelaksanaan projek pembongkaran semula palong yang di tanam di bawah tanah rumah berkenaan.

BERITA TRENDING: "Sengsara Dia Buat Saya Bahagia!" - Wanita Bangga Rembat Suami Kakak Sendiri, Simpan Dendam Sejak Kecil

Menurut Shafiq, projek yang dijalankan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Kuala Lumpur itu akan mengambil masa kira-kira empat tahun untuk disiapkan.
“Kampungku Kampung Baru, Kuala Lumpur di Jalan Salleh. Kini telah berakhir menetap di sini dari tahun 1984 hingga 31 Mei 2024 untuk memberi laluan pembongkaran semula palong yang di tanam di bawah tanah rumah biru.
"Jabatan Perparitan dan Saliran Kuala Lumpur mengambil masa dalam tempoh empat tahun bagi menyiapkan projek ini.
“Maka dengan ini, secara rasmi kami semua telah keluar dari Rumah Biru untuk tempoh tiga atau empat tahun, dengan harapan selepas ini, kami pulang semula ke tanah kami ini,” katanya.

BERITA TRENDING:Sangkakan Salah Faham Dah Selesai, Shu Shukri Bengang Hafidz Roshdi Ungkit Kembali Isu Nafkah- "Kau Nak Apa Ni Weh?"

Sementara itu, Shafiq turut menzahirkan rasa penghargaan kepada pihak yang menjadikan rumah itu sebagai salah satu lokasi untuk bergambar.

“Jutaan terima kasih kepada semua pegunjung yang hadir secara rasmi mahu pun tidak ke rumah kami untuk bergambar.

“Mohon maaf salah silap kami sepanjang tempoh tersebut,” tambahnya lagi.

BERITA TRENDING: "Saya Sedih, Berharap Mereka Datang Majlis Kahwin Saya..." - Syasya Rizal

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sedih terhadap keputusan yang dibuat.
"Entah kenapa aku yang sayu,"
"Allah sayangnya kalau kena roboh,"
"Tak ada dah lepas ni rumah ni."

BERITA TRENDING: Lelaki Warga Asing Lapah Kucing Ditahan Polis

Sekadar info, rumah ikonik itu selalu dijadikan lokasi penggambaran filem antaranya seperti Adnan Sempit, Remp-It, Impak Maksima dan banyak lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Filem

Paling Seram Dan Mendebarkan, Ini Filem-Filem Berkisarkan Dukun Yang Pernah Menghantui Penonton

gempak
18/09/2024
18:55 MYT
Tidak dinafikan filem genre seram seperti syirik menarik untuk ditonton kerana sering memaparkan babak-bakak di luar kotak.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.