,
Laman Utama

Kerap Bertengkar Dengan Pasangan? Dr Fadzilah Kamsah Kongsi Tiga Tips Ayat Redakan Kemarahan

Mya Amri
26/08/2023
03:54 MYT
Setiap pasangan yang sudah berkahwin pasti tidak terlepas daripada pertengakaran dan perselisihan faham antara satu sama lain.
Jika dibiarkan, dikhuatiri pertengkaran itu boleh memudaratkan sesebuah perkahwinan.
Bagaimanapun pakar motivasi terkenal, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah berkongsi tiga ayat yang berkemungkinan boleh meredakan kemarahan pasangan.
Berikut merupakan ayat yang dimaksudkan:
1. "Saya memang marah dan kecewa juga tetapi tu semua tak mengurangkan sedikit rasa sayang saya pada awak."
2. "Saya tahu kita tengah struggle sangat-sangat sekarang, tetapi saya takkan kemana-kemana. Kita akan tetap perjuangkan bersama-sama."
3. "Saya nak keluar kejap. 30 minit je. Dah tenang nanti, kita bincang semula baik-baik ye."
Dalam pada itu, beliau juga turut berpesan kepada pasangan suami isteri supaya menguruskan amarah dengan baik.
“Api jangan di lawan dengan api. Perlu bertindak jadi air. Sentiasa tenang, damai dan meredakan api yang marak.
“Bertengkar dengan pasangan itu adalah benda biasa dalam kehidupan tetapi sejauh mana kita menguruskan pertengkaran itulah yang akan menjadikan tindakan kita jadi luar biasa.
“Renung-renungkan dan selamat berdamai. Binalah syurga dalam rumahtangga kamu semua ya,” coretnya.
Untuk info, Datuk Dr Fadzilah Kamsah sememangnya dikenali sebagai antara pakar motivasi kesukaan rakyat Malaysia.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Individu Geram Dengan Sikap Ibu Bapa Pentingkan Diri Sendiri, Pilih Tempat Percutian Tanpa Fikir Keselesaan Anak - “Tak Faham Kenapa Mereka Bebal Macam Tak Ada Otak…”

gempak
19/09/2024
21:55 MYT
Tular di aplikasi X, seorang individu meluahkan rasa berang terhadap sikap segelintir ibu bapa zaman sekarang yang mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan tentang anak-anak.
Hiburan

"Fattah Amin Adalah Sebaik-Baik Manusia, Fazura Juga Begitu, Cuma…” - DJ Sonic

gempak
19/09/2024
05:25 MYT
Pengacara dan penyampai radio DJ Sonic berkongsi keperibadian pasangan selebriti Fazura dan Fattah Amin.
Hiburan

“Mereka Cakap Dia Seorang Introvert & Tak Reti Berparti Bagai…” - Individu Dedah Perangai Sebenar Fattah Amin

gempak
18/09/2024
23:55 MYT
Isu rumah tangga pasangan selebriti Nur Fazura dan suaminya, Fattah Amin masih menjadi perbualan hangat di setiap media sosial sejak minggu lalu.
Terkini

Suami Buat 100 Panggilan Gangguan Sehari Kerana Cemburu

gempak
18/09/2024
11:55 MYT
Semuanya terbongkar selepas wanita yang berusia 31 tahun dari wilayah Hyoga,Jepun telah membuat satu laporan polis.
Hiburan

Adira Suhaimi Anggap Fazura Sama Seperti Dirinya - “Dia Macam Saya Tak Tunjuk…”

gempak
18/09/2024
04:55 MYT
Pernah berdepan isu melibatkan rumah tangga, penyanyi Adira Suhaimi menyifatkan dirinya sama seperti pelakon Fazura yang tidak gemar menunjukkan sebarang tanda sedang menghadapi masalah kepada umum.