,
Hiburan

Kerana Watak Dalam Filem, SRK Berdepan Ancaman Jika Hadiri Hoki Piala Dunia

Kamaruddin Razal
25/11/2018
12:27 MYT
Pelakon terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan (SRK) mungkin berdepan bantahan apabila menghadiri perasmian Kejohanan Hoki Piala Dunia 2018 di Bhubaneswar, Odisha, Rabu ini.
Pelakon tersebut dijangka ke upacara berkenaan selepas diundang oleh Ketua Menteri Odisha Naveen Patnaik namun sebuah kumpulan tempatan membantah kehadiran SRK susulan watak yang dipegangnya dalam filem Ashoka pada 2001.
Kumpulan yang menggelarkan diri mereka "Kalinga Sena" (tentera Kalinga) yang diambil daripada nama kuno Odisha, mendakwa bintang Bollywood tersebut mengguris sentimen rakyat menerusi filem itu yang memaparkan kisah Maharaja Ashoka dan usaha berdarahnya dalam menakluk Kalinga.
"Kami telah bersedia untuk membaling dakwat ke muka pelakon itu serta mengibarkan bendera hitam di tempat-tempat tertentu dari lapangan terbang ke stadium.
"Aktivis kami akan berada di sepanjang jalan yang mungkin dilalui SRK," kata Kalinga Sena.
Kejohanan hoki tersebut akan berlangsung dari 28 November hingga 16 Disember.
Kejohanan itu disertai Malaysia, Argentina, Australia, Belgium, Kanada, China, England, Perancis, Jerman, India, Ireland, Belanda, New Zealand, Pakistan, Afrika Selatan dan Sepanyol.
Skuad Malayan Tigers yang diundi dalam Kumpulan D akan bertemu juara tiga kali Belanda dalam perlawanan pembukaan pada 1 Disember sebelum menentang juara empat kali Pakistan empat hari kemudian dan juara dua kali Jerman pada 9 Disember.
Malaysia mengintai kedudukan 10 terbaik dalam saingan 16 negara itu selepas menamatkan kempen di tempat terakhir daripada 12 negara pada edisi 2014 di The Hague, Belanda manakala pencapaian terbaiknya ialah di tangga keempat semasa negara menjadi tuan rumah pada 1975.
Sumber: Bernama / Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Pejabat Shah Rukh Khan Dipenuhi 300 Piala Sepanjang Bergelar Anak Seni

gempak
21/08/2024
11:13 MYT
Hampir empat dekad bergelar anak seni, Shah Rukh Khan bukan hanya terkenal di India bahkan mengukuhkan reputasi cemerlang sehingga ke arena antarabangsa.
Bollywood

Tak Hadir Pesta Sebab Mahu Tidur, Shah Rukh Khan Beri John Abraham Motosikal Berkuasa Tinggi

gempak
20/08/2024
21:50 MYT
Aktor John Abraham mendedahkan dihadiahi sebuah motosikal berkuasa tinggi daripada pesohor Shah Rukh Khan selepas membintangi filem hit Pathaan.
Bollywood

Shah Rukh Khan Dimasukkan Ke Hospital Akibat Strok Haba!

gempak
22/05/2024
13:50 MYT
Superstar Bollywood, Shah Rukh Khan dikejarkan ke Hospital Ahmedabad pada Selasa akibat dihidrasi.
Terkini

Jadi Acara Tahunan, Ribuan Peminat Terima Lambaian Aidilfitri Dari Shah Rukh Khan

gempak
12/04/2024
14:55 MYT
Sudah seperti menjadi satu acara tahunan apabila ribuan peminat membanjiri kawasan di kediaman milik pesohor Bollywood, Shah Rukh Khan setiap kali tiba hari raya.
Laman Utama

Dunki Sarat Emosi, Jangan Tengok Kalau Tak Ready Nangis!

gempak
24/12/2023
07:53 MYT
Paling best, semangat setiakawan tu...