Hiburan
Kerana Terlalu Sibuk, Uee & Kangnam Berpisah Selepas Tiga Bulan Bercinta
Hubungan cinta antara pelakon dan bekas anggota kumpulan After School, Uee dan Kangnam dilaporkan berakhir selepas tiga bulan bercinta.
Bagaimanapun menurut sumber, pasangan selebriti itu lebih selesa mengambil keputusan untuk mengekalkan hubungan sebagai sahabat.
“Disebabkan jadual kerja mereka yang padat, Uee dan Kangnam membuat keputusan untuk berpisah.
“Namun mereka tetap menyokong kerjaya masing-masing dan hubungan mereka masih kekal sebagai sahabat,” katanya seperti laporan Koreaboo.
Perkara itu juga turut disahkan oleh kedua-dua agensi mereka.
“Memang benar mereka berdua telah berpisah dan pihak kami juga telah mendapatkan kepastian daripada pasangan berkenaan.
“Punca Uee dan Kangnam berpisah adalah disebabkan oleh kesibukan jadual peribadi dan hubungan mereka menjadi semakin renggang.
“Mereka juga berharap agar peminat dapat menyokong kerjaya mereka walaupun selepas berpisah,” – jelas wakil agensi Kangnam, RD Entertainment.
Terdahulu, Uee dan pengacara program survival ‘Lost Of The Jungle’ itu menjadi kontroversi selepas pasangan ini menafikan hubungan cinta mereka sebelum didedahkan oleh portal Dispatch.
Portal tersebut juga turut memuat naik beberapa foto dan juga video sebagai bukti.
Peminat yang kecewa dengan sikap Uee itu telah melabelkannya sebagai penipu kerana bersikap tidak jujur.
Must-Watch Video