,
Hiburan

"Kerana Tamak Duit Sanggup Bunuh Kawan Baik Sendiri" - Ali Puteh

Zulaikha Yusof
04/11/2020
12:45 MYT
Kematian menyayat hati yang melibatkan seorang gadis Siti Nur Surya Ismail, 19, telah menarik perhatian pelawak Ali Puteh.
Mangsa yang dibunuh kejam itu disyaki dilakukan oleh kawan perempuannya sendiri.
BACA: Kes Bunuh Surya: Suspek Dakwa Diejek Miskin & Masih Tak Punyai Teman Lelaki
Menerusi sebuah entri di Instagram (IG), Ali meluahkan rasa marah dengan kejadian yang mendukacita itu.
Dalam pada itu, pemilik nama Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan turut bersedih dan simpati dengan dugaan yang menimpa keluarga mangsa dengan keadaan ibunya yang terlantar sakit.
"Bertudung itu dah betul dah. Tapi kerana tamak kan duit sanggup membunuh kawan baik sendiri kerana duit?
"Allahu kesian mak dia sakit terlantar. Kesian ayah dia kesian keluarga dia. Pengajaran yang kita dapat bertudung muka alim-alim kesian nampak macam daif ni bahaya.
"Sebab mereka tak tunjuk depan-depan. Mereka buat jahat dalam diam. Kerana duit dan tamak! Bunuh kawan baik.
"Bahaya betul kalau buat muka kesian konon-konon baik ni. Semoga ke muka pengadilan kamu.
"Hati-hati guys. Bising tak semesti jahat, diam tak semesti baik. Ish bahaya ni," tulisnya.
Walaubagaimanapun, hasil pemerhatian Gempak posting itu telah dipadam.
Terdahulu, Siti Surya ditemui adik perempuannya, Siti Nur Syuhada, 15, tertiarap di hadapan televisyen di ruang tamu dalam keadaan berlumuran darah dan putus pergelangan tangan ketika pulang dari sekolah kira-kira 2.30 petang.
Difahamkan, mangsa dipercayai dibunuh perompak yang memecah masuk rumahnya sekitar 9 pagi.
Mangsa yang turut mengalami kecederaan di bahagian badan dan muka dipercayai bergelut sebelum dibunuh menggunakan senjata tajam.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

MLS4: Tiada Kecaman & Tekanan, Ali Puteh Kembali Beraksi Di Pentas Komedi - “Saya Masuk Ini Tanda Hadir…”

gempak
13/09/2024
13:55 MYT
Kembali ke pentas komedi, pelawak Ali Puteh meluahkan rasa syukur kerana penyertaannya dalam program Muzikal Lawak Superstar 4 tiada tekanan seperti sebelum ini.
Hiburan

Hidayah Setuju Ali Puteh Tak Perlu Bayar Interest - "Asalkan Bayar Secepat Mungkin Dalam Masa Seminggu..."

gempak
25/02/2024
04:49 MYT
Balu kepada Allahyarham Abam Bocey, Hidayah Hamzah memutuskan untuk tidak mengenakan kadar faedah sebanyak empat peratus kepada pelawak Ali Puteh.
Viral

Peguam Jelaskan Tindakan Hidayah Tolak Duit Ali Puteh - “Orang Akan Tahu Ada Sejumlah Wang Besar Dalam Rumahnya”

gempak
21/02/2024
09:40 MYT
Ouh itu sebabnya...
Hiburan

Adik Hidayah Up Status Sinis Tentang Saman, Ali Puteh Balas - “Pulak Dah, Datang Nak Bayar Tak Nak Pula”

gempak
21/02/2024
04:30 MYT
Alamak adik pula tiba-tiba masuk campur.
Hiburan

Didakwa Guna Duit Orang Buat Berniaga, Ali Puteh Ajak Wanita Buat Fitnah Bersemuka! - “Jumpa Atau Saya Buat Laporan Polis”

gempak
29/01/2024
07:55 MYT
Ali Puteh ajak bersemuka.