,
Laman Utama

“Kerana Mahu Menghilangkan Zina” - Tegar Kongsi Sebab Mengapa Dia Berkahwin Muda

Izwan Isa
10/02/2022
12:50 MYT
Nampak benar sisi kematangan penyanyi kelahiran Indonesia, Tegar Septian ketika ditemu bual selepas tamatnya konsert pertama Big Stage 2022 baru-baru ini.
Hal ini mungkin kerana penyanyi yang berusia 22 tahun itu sudah pun berumah tangga dan kini memiliki seorang cahaya mata lelaki.
“Alhamdulillah, sejak mendirikan rumah tangga, saya kerap berada di rumah bersama isteri dan anak. Saya lebih dewasa kerana sentiasa fikirkan tentang keluarga kecil saya.
“Tambahan pula, saya juga sudah jarang melepak di luar dengan kawan-kawan. Jadi duduk di rumah dan memberi fokus pada perkongsian kandungan di Youtube sahaja,” katanya kepada Gempak.
BACA: “Tak Apa Yang Penting Halal” - Demi Sara Anak Isteri, Tegar Tak Malu Kembali Busking!
Penyanyi yang cukup popular dengan lagu Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang itu mendirikan rumah tangga dengan Sarah Sheilka pada Mac 2020.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak lelaki berusia dua tahun yang diberi nama Abidzar Oktaviano Putra Septian.
Ditanya kenapakah dia mengambil keputusan untuk bernikah seawal usia 20 tahun, Tegar berkata: “Kerana mahu menghilangkan zina,” ujarnya ringkas.
Berbicara soal penglibatannya di Big Stage 2022, Tegar menjelaskan yang dia mahu menjadikan pentas pertandingan ini sebagai platform untuk dirinya kembali berkarya.
“Alhamdulillah, isteri dan keluarga yang berada di Indonesia faham tentang hasrat saya untuk kembali menyanyi. Penyertaan saya ini juga demi kesenangan dan masa depan kami bersama.
“Insya-Allah, kalau diberi peluang mereka akan datang untuk melawat saya di sini,” ujar Tegar yang turut berharap agar penyertaannya menerusi Big Stage 2022 sampai ke peringkat final.
Selain Tegar, Big Stage 2022 bakal diserikan dengan peserta-peserta seperti Ajoi Zainal, Tuah Adzmi, Aisha Retno, Yazmin Aziz, Daniel Chuer, Iqbal Zulkefli, Elica Paujin, Lia Aziz, Megat Rahim, Sofiaa Marieylla dan Syafiq Abdilah (Brunei).
Big Stage 2022 bakal bersiaran bermula 6 Februari depan di Pusat Konvensyen, Antarabangsa Putrajaya (PICC) menerusi saluran Astro Ria (104).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Wani Kayrie Enggan Terburu-Buru, Keluarga Tak Galak Kahwin Muda - “Saya Banyak Komitmen, Kadang-Kadang Sabar Itu Lebih Indah”

gempak
29/07/2024
07:55 MYT
Penyanyi, Wani Kayrie, 24, akui tidak mahu terburu-buru memikirkan soal perkahwinan atau menamatkan zaman bujang.
Hiburan

“Ya Kahwin Di Usia 23 Tahun & Saya Pilih Dia Sebagai Isteri Selamanya,” - Ben Ladin

gempak
15/07/2024
08:25 MYT
Penyanyi, Ben Ladin mempunyai sebab tersendiri tidak menghebahkan berita mengenai perkahwinannya bersama isteri yang dikenali sebagai Anna.
Laman Utama

Rocketfuel Entertainment Hadiahkan Nadeera Zaini Naskhah Baru Ciptaan Komposer Lagu Justin Bieber

gempak
19/07/2023
06:50 MYT
Rezeki Nadeera.
Laman Utama

#BIGSTAGE5: Persembahan Nadeera Memang Ultimate! Selayaknya Jadi Juara! Ini Recap Markah Penuh & Komen Juri

gempak
10/07/2023
06:46 MYT
Memang power Nadeera!
Laman Utama

Hampir Setahun Bercerai, Bekas Isteri Tegar Septian Bernikah Kali Ketiga… “It’s A Beautiful Day”

gempak
23/05/2023
02:50 MYT
Semoga berbahagia