,
Laman Utama

Kerana Bercakap Dialek Sabah, Atu Susah Nak Dapat Job

Fiza Kamarudin
06/08/2020
02:35 MYT
Pelawak Atu mengakui sukar mendapat tawaran kerja hanya disebabkan dia lebih selesa bercakap menggunakan dialek Sabah.
Atu berkata, sudah beberapa kali namanya digugurkan produksi atas alasan dialek Sabahnya terlalu pekat.
“Bukan sekali, tetapi beberapa kali juga nama digugurkan daripada program sebab slanga Sabah saya yang pekat.
“Mereka kata penonton tak faham apa yang saya cakap dan terpaksa gugurkan nama saya,” katanya kepada Gempak. Bagaimanapun kata Atu, walaupun berasa kecewa namun dia menganggap rezeki tidak menyebelahi dirinya.
“Tak apalah, bukan rezeki saya. Bukan semua penerbit program beri alasan itu tapi ada di antara mereka.
“Bagi saya rezeki itu datang dari pelbagai sumber. Selagi boleh usaha saya akan terus mencari rezeki buat isteri dan anak-anak,” katanya positif. Ditanya mengapa lebih selesa menggunakan dialek Sabah ketika berada di pentas atau mengacara program, Atu mempunyai sebab tersendiri.
“Salah ke jika saya mahu memartabatkan bahasa ibunda negeri saya? Kalau kami (anak seni) dari Sabah ini tidak mempertahankannya siapa lagi?
“Tapi bukanlah bermakna saya tidak boleh langsung bercakap dialek orang bandar (Kuala Lumpur). Saya boleh bercakap bukan dalam dialek Sabah tapi ramai penerbit tak yakin agaknya,” ujarnya.
Dalam pada itu Atu berkata dia akan mengajar anak-anaknya bercakap Sabah kerana tidak mahu mereka lupa asal usul keturunan.
“Ya walaupun Sumayyah dan Hud dilahirkan di Semenanjung, saya ajar juga mereka bercakap Sabah supaya mereka tahu mereka ada darah Sabah.
“Lagipun satu kelebihan buat mereka kerana boleh menguasai dialek negeri lain, bukan senang tau…Di Sabah lain daerah lain slanganya!”, kata Atu ketawa.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Atu Zero Dah Malas Nak Bertanding, Mahu Beri Peluang Kepada Pelawak Lain - “Jujurnya Saya Penat Sebab Rasa…”

gempak
17/09/2024
14:55 MYT
Pelawak yang juga salah seorang ahli kumpulan Zero iaitu Atu meluahkan rasa kesal apabila golongan pelawak dalam industri tanah air seolah-olah dipinggirkan.
Hiburan

Pernah Buat ‘Show’ Percuma, Atu Zero Hanya Mahu Hiburkan Orang - “Bila Kita Tengok Orang Gembira, Hati Rasa…”

gempak
10/09/2024
03:55 MYT
Pelawak yang juga salah seorang ahli kumpulan Zero iaitu Atu mengakui dia kini tidak kisah dengan bayaran malah pernah membuat persembahan secara percuma.
Sukan

“This Is Not Her, She Can Do Way Much Better Than This,” - Jiggy

gempak
15/08/2024
14:00 MYT
Pelawak, pengacara dan pelakon, Jiggy akui isu suntingan foto pihak tidak bertanggungjawab terhadap isterinya, penerjun profesional negara, Dhabitah Sabri meninggalkan kesan emosi terhadap mereka berdua.
Hiburan

Pelawak & Hos Terkenal Dalam Proses Cerai Isteri Lepas 18 Tahun Kahwin

gempak
08/08/2024
21:55 MYT
Usia rumah tangga yang sudah melebihi 10 tahun bukan jaminan akan kekal. Begitulah yang terjadi kepada pelakon, hos dan pelawak terkenal Indonesia, Andrea Taulany dan isteri, Rien Wartia Trigina.
Hiburan

Kongsi Lirik Lagu ‘Makan Dalam', Entri Mamat Sepah Tuju Pada Siapa? - "Waktu Susah Kau Cari Aku, Waktu Senang ..."

gempak
06/08/2024
07:55 MYT
Pelawak terkenal iaitu Mamat Sepah mencuri perhatian apabila berkongsi lirik lagu ‘Hitam Manisan’ nyanyian asal kumpulan rock lagenda, Olan menerusi hantaran di Instagram Story (IG Story).