gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Adik Bercinta Dengan Qistina Raisah, Ini Pesanan Mira Kuku - “Budak 2 Orang Itu, Spender Pun Mak Bapa Belikan”
HIBURAN
Dikecam Pakai Seksi Ketika Buat ‘Live’ TikTok, Kali Ini Erissa Puteri Tak Berdiam Diri - “Daripada Korang Tegur Macam…”
HIBURAN
Hafiz Suip Sudah Bercerai Pada Mei, Jaga Hubungan Baik Dengan Bekas Isteri Demi Anak - “Tipulah Kalau Kata Saya…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

Kerajaan Negeri & Syarikat Persendirian Boleh Mendapatkan Terus Bekalan Vaksin Sinovac Daripada Pharmaniaga

Awani
Awani
21/07/2021
23:40 MYT
Sponsor Banner
Kerajaan Negeri & Syarikat Persendirian Boleh Mendapatkan Terus Bekalan Vaksin Sinovac Daripada Pharmaniaga
Kerajaan negeri dan syarikat persendirian kini boleh mendapatkan terus bekalan Sinovac daripada pengedar tunggal vaksin tersebut di Malaysia, Pharmaniaga Berhad.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, syarikat farmaseutikal itu bakal membekalkan tambahan 14 juta vaksin tersebut yang proses 'fill and finish' akan dilakukan di negara ini.
Menurutnya, tempahan itu dibuka selepas diluluskan Jawatankuasa Jaminan Akses Vaksin COVID-19 (JKJAV) berikutan permohonan banyak pihak terhadap vaksin berkenaan.
"Permohonan untuk proses pembelian vaksin itu boleh dilakukan terus kepada Pharmaniaga, berkuat kuasa segera.
"Kerajaan sudah memberi kebenaran kepada Pharmaniaga untuk menjual terus kepada kerajaan negeri atau mana-mana syarikat yang mahu mendapatkan bekalan itu.
"Kita yakin dengan ini kita dapat mempercepatkan proses ke arah membentuk imunisasi kelompok," katanya selepas majlis penyerahan kelompok terakhir fasa pertama vaksin Sinovac kepada Kementerian Kesihatan (KKM) pada Rabu.
Turut hadir Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.
Pharmaniaga sebelum ini membekalkan sebanyak 12.4 juta dos vaksin COVID-19 Sinovac kepada kerajaan untuk Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dan kelompok dos terakhir itu dibekalkan kepada KKM semalam.
Ismail Sabri yang juga Menteri Kanan Pertahanan menambah, harga bagi vaksin terbabit akan ditentukan kemudian.
Katanya lagi, ada sesetengah negeri, syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat dan hospital swasta sudahpun membuat tempahan awal sebelum tempahan dibuka sebelum ini.
Beliau menjelaskan, Pharmaniaga setakat ini sudah membekalkan 14.4 juta vaksin Sinovac kepada KKM termasuk 12.4 juta sudah diterima dan dua juta lagi diluluskan pada 19 Julai lalu.
Menurutnya, tambahan dos vaksin itu ada dalam simpanan Pharmaniaga dan dijangka diserahkan kepada KMM dalam masa terdekat.
"Dengan adanya tambahan dua juta lagi vaksin berkenaan, ia bermakna 22.5 peratus penduduk diberikan vaksin Sinovac.
"Pada masa ini 20 peratus penduduk sudah menerima vaksin berkenaan," katanya.
Beliau turut menegaskan, vaksin Sinovac adalah dijamin halal dan meminta orang ramai tidak mempercayai dakwaan mengenai status halal vaksin itu.
Foto: BERNAMA
Topic Berkaitan
#Vaksin
#Sinovac
#Pharmaniaga
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement