,
Laman Utama

"Kerajaan Beri Wang Kepada Orang Hilang Kerja" - Wardina Cerita Cara Australia Jaga Rakyat Pasca COVID-19

Amri Hassan
26/06/2021
06:50 MYT
Selebriti Wardina Saffiyah berkongsi cara kerajaan Australia mengekang COVID-19 dan kesan sampingan selepas wabak itu mengancam negara terbabit.
Menerusi sesi perkongsian bersama ahli politik Anfaal Saari, Wardina memberitahu kerajaan Australia sentiasa peka untuk membantu rakyat terutama yang terjejas akibat COVID-19.
"Kita orang tiada lockdown lama-lama. Apabila kita melakukan lockdown yang betul, dan mampu mengawal kes, kita boleh kembali menjalankan rutin harian seperti biasa.
"Bagaimana kami sukses adalah apabila virus tersebut dikekang sebelum ia merebak. Sebab kalau dah terlalu banyak yang terjangkit, memang tidak boleh berbuat apa," katanya.
@anfaalsaari
Wardina kongsi bagaimana Australia mengawal penularan Covid-19 #tiktokwanita #kitajagakita #malaysiabelumbebascovid19♬ original sound - Anfaal Saari Wardina yang menetap di Australia sejak 2014 bagaimanapun menegaskan orang ramai tidak seharusnya membanding-bandingkan negara tersebut dan Malaysia kerana Australia negara yang kaya.
"Mereka (Australia) mampu. Mereka mewujudkan pakej stimulus sekitar AUS$130 bilion.
"Setiap dua minggu, orang yang hilang kerja akan menerima wang daripada kerajaan. Bil hospital pun akan dilunaskan oleh kerajaan.
"Selain itu, Perdana Menteri Australia, Scott Morisson turut bekerjasama dengan parti pembangkang untuk membendung COVID-19," ujarnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

“Terima Kasih Malaysia Atas Bantuan, Sokongan Diberikan” - Warga Palestin

gempak
05/09/2024
05:25 MYT
"Terima kasih kepada rakyat Malaysia atas bantuan dan sokongan yang diberikan kepada rakyat Palestin", kata Banan Salmi Ahmad Abu Ratimah, 28, ketika ditemui di Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan, Kuala Lumpur.
Viral

Keji! Pekerja Pusat Jagaan Kanak-Kanak Mengaku Terbabit 307 Kes Rogol, Mangsa Bawah 12 Tahun

gempak
05/09/2024
01:00 MYT
Seorang bekas pekerja pusat jagaan kanak-kanak di Australia mengaku salah terhadap 307 pertuduhan jenayah seks yang dilakukannya dalam tempoh 20 tahun.
Berita

Mpox: “Masyarakat Juga Harus Bertindak, Tak Boleh Harapkan Kerajaan Sahaja,” - Pakar Epidemiologi

gempak
28/08/2024
11:55 MYT
Meskipun penularan Kes Mpox di Malaysia belum mencapai tahap serius, namun masyarakat Malaysia harus mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan bersama.
Berita

Visa Keluarga Mangsa Tanah Jerlus Dilanjut Sebulan

gempak
26/08/2024
10:25 MYT
Ahli keluarga mangsa kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur, menerima lanjutan visa Pas Lawatan Sosial (PLS), bermula Isnin.
Berita

Malaysia Pertimbang Tambah Bantuan Rawat Rakyat Palestin - PM Anwar

gempak
25/08/2024
11:55 MYT
Malaysia akan mempertimbangkan untuk menambah bantuan membantu merawat rakyat Palestin yang cedera, sekiranya terdapat keperluan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.