gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Full House! Baju ‘Rosak’ Tak Halang Nadin Amizah Beri Persembahan Penuh Bertenaga Di Showcase Malam Mendengar
HIBURAN
Pelakon Wanita Kena Halau Di Festival Cannes, Pakai Baju Mencolok Mata
HIBURAN
“Dia Pun Bukan Taste Saya, Saya Anggap Macam Adik” - Fieya Julia Respons Isu Kenyataan Luqman Faiz
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

Kenyataan ‘Fieya Bukan Taste Saya’ Dikecam, Luqman Faiz Mohon Maaf – “Kami Macam Adik-Beradik”

gempak
Umirah Halim
17/05/2025
08:55 MYT
Sponsor Banner
Kenyataan ‘Fieya Bukan Taste Saya’ Dikecam, Luqman Faiz Mohon Maaf – “Kami Macam Adik-Beradik”
Penyanyi, Luqman Faiz, tampil memohon maaf secara terbuka selepas menerima kecaman berikutan kenyataan yang dianggap tidak menghormati rakan duetnya, Fieya Julia.
Kontroversi itu tercetus selepas Luqman menepis dakwaan kononnya mereka mempunyai hubungan istimewa dan menyatakan secara terbuka bahawa Fieya bukan lah pasangan yang ideal untuk dirinya.
Namun begitu, segelintir netizen menyifatkan kenyataan Luqman bahawa Fieya “bukan taste saya” sebagai kurang sopan dan tidak menghormati penyanyi wanita itu, lebih-lebih lagi selepas mereka menunjukkan keserasian yang mendapat reaksi positif daripada para peminat.
Menyedari kekhilafannya, Luqman segera tampil dengan kenyataan maaf di ruangan komen media sosial.
“Maafkan saya, mood baru lepas happy-happy borak dengan kawan-kawan kat situ. Tu yang nampak beria. Terbawak-bawak mood tu. Fieya antara orang yang I paling selesa to be working with. Kami macam adik beradik. Sorry again, dan thank you yang menegur,” tulis Luqman.
Luqman turut menegaskan bahawa kenyataannya tidak berniat untuk memperkecilkan sesiapa, sebaliknya ia dibuat dalam nada santai selepas sesi perbualan kasual bersama media.
Malah pelantun lagu Kepuraanmu itu juga menghargai semua teguran yang diberikan dan mengakui pentingnya menjaga sensitiviti dalam berkomunikasi, terutama apabila membabitkan rakan artis yang turut berkongsi pentas bersamanya.
Dalam temubual terdahulu, Luqman menyatakan bahawa dia lebih tertarik kepada individu yang pendiam, pemalu dan bersifat sopan sebagai ciri-ciri pasangan idealnya.
Namun, dia menegaskan bahawa Fieya hanyalah rakan kerja yang dihormati dan dihargai, bukan pasangan romantik seperti yang dispekulasikan.
Topic Berkaitan
#Luqman
#Faiz
#maaf
#Fieya Julia
Must-Watch Video