,
Viral

Kenderaan Remuk Dilanggar Kereta Mewah, Pemilik Lamborghini Hadiahkan Ibu Tunggal Ini Myvi

Mya Amri
11/04/2020
05:37 MYT
Seorang pemilik kereta berjenama mewah bermurah hati untuk ‘menghadiahkan’ kepada seorang ibu tunggal selepas terbabit dalam kemalangan dengan wanita berkenaan.
Berbekalkan sifat tanggungjawab, pemilik sebuah Lamborghini, Thomas Heng, 40, menyelesaikan kemalangan itu secara berhemah.
Tindakan mulia Thomas itu dikongsikan oleh pengguna Facebook, Azman Nor.
“Berita terbaik hari ini, pemilik Lamborghini baru sahaja membeli Myvi untuk menggantikan kereka aunty Viva. Mereka berdua okay dan berada dalam keadaan baik.
“Respek dengan tindakan pemilik Lamborghini kerana bertanggungjawab seperti lelaki sejati dan memastikan aunty Viva tidak kehilangan punca pendapatan. Penghormatan diberikan,” kongsinya.
Difahamkan Thomas sebenarnya tidak terbabit dalam kejadian itu sebaliknya kereta mewah miliknya itu dipandu oleh seorang rakan perniagaan yang keluar untuk membeli barang keperluan.
Akibat kemalangan itu, Lamborghini miliknya remuk.
Dalam pada itu menurut laporan Berita Harian, rakan Thomas itu tidak sempat mengelak kenderaan di depannya yang tiba-tiba menukar lorong tanpa memberi isyarat.
“Akibat kemalangan itu, Lamborghini saya remuk pada bahagian depan dan kanan manakala Viva wanita itu ‘total lost’ (musnah).
“Kes diselesaikan secara baik tanpa pergaduhan, malah dua-dua pihak membuat laporan polis untuk proses tuntutan insurans, namun bagi kereta ‘total lost’ ia akan memakan masa, malah saya dapati tuntutan insurans Viva itu pun sangat rendah,” kata Thomas.
Simpati dan prihatin dengan kesulitan dialami wanita itu, dia bermurah hati menawarkan sebuah kenderaan terpakai sebagai ganti.
“Hati saya tersentuh apabila mengetahui wanita itu ibu tunggal anak tiga dan bimbang dia terputus sumber rezeki, saya membuat keputusan membelikannya Myvi terpakai untuk memudahkan pergerakannya menghantar pesanan yang dijual menerusi dalam talian.
“Ini bukan soal ada wang boleh beli apa saja, tetapi apa yang saya buat ini lebih kepada untuk memudahkan urusan dan mengurangkan seberapa boleh beban dialaminya.
“Paling penting moralnya, tidak semua perkara perlu digaduhkan, selagi mana boleh selesai, selesaikanlah cara baik dan berhemah,” ujarnya.
Tambahnya lagi bagi menjamin ketelusan, kedua-dua pihak membuat perjanjian bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini pada masa depan.
“Dalam perjanjian itu menjelaskan, saya dengan rela hati membelikan kereta Myvi itu tanpa perlu dibayar semula wanita itu.
“Malah, saya tidak akan menuntut sebarang ganti rugi termasuk wang tuntutan insurans daripada kemusnahan Viva itu juga menjadi hak wanita itu sepenuhnya untuk kegunaan dan keperluannya,” katanya. Thomas juga bercadang untuk menyerahkan Myvi itu kepada wanita berkenaan, Isnin ini.
“Proses pertukaran hak milik kereta akan diuruskan selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.
“Malah, bagi membantunya mempromosikan perniagaan atas taliannya, saya hantar Myvi itu untuk proses reka bentuk iklan.
“Mungkin ini tidak seberapa, tetapi saya harap Myvi ini menjadi pengganti kepada Viva yang rosak itu supaya wanita itu boleh terus mencari sumber pendapatan macam biasa bagi membesarkan anak-anaknya,” katanya.
Sumber: Berita Harian Online
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Unitar