,
Hiburan

Kenapa Fattah Amin Tak Hadir ABPBH 32? Ini Jawapan Empunya Badan, Rupa-Rupanya....

Zulaikha Yusof
23/09/2019
04:42 MYT
Aktor Fattah Amin telah meraih trofi Anugerah Pelakon Filem Popular di malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 32 (ABPBH) yang berlangsung malam tadi.
Menerusi sebuah entri di Instagram (IG) miliknya, Fattah mengakui terkejut selepas mengetahui berita kemenangannya.
Walaubagaimanapun, Fattah menzahirkan rasa syukur atas rezeki yang telah diberikan di samping tidak lupa dengan jasa peminat yang tidak pernah kenal erti penat mengundi.
"Assalamualaikum buat semua. Dalam kesibukan serta fokus dalam tugas lakonan saya dikejutkan dengan rezeki kemenangan Anugerah Pelakon Filem Lelaki Popular di ABPBH 2019 semalam.
"Alhamdulillah... Saya amat bersyukur di atas kurniaan rezeki Allah swt ini. Ucapan terima kasih saya juga buat semua peminat yang mengundi saya," tulisnya.
Tambah suami kepada pelakon Fazura ini, dia mendedahkan faktor kesihatan yang menyebabkan dirinya tidak dapat hadir di malam berprestij itu.
"Buat pengetahuan semua, saya masih lagi sibuk dengan penggambaran filem terbaru saya “Miimaland” disertai dengan pelbagai tugas-tugas lain.
"Jadual padat saya telah membuatkan saya kurang sihat dan tidak bermaya justeru tidak dapat hadir ke Majlis ABPBH semalam.
"Namun anugerah ini akan menjadi pembakar semangat untuk saya terus bekerja keras dalam memberikan persembahan yang terbaik untuk filem yang ditugaskan sekarang dan masa-masa akan datang.
"Terima kasih buat semua warga @beritaharian, @tv3malaysia dan terutamanya semua peminat yang ikhlas menyokong saya dan kerjaya saya walau apa pun keadaan. Saya mendoakan semoga Allah swt merahmati anda semua," tulisnya lagi.
Pelakon dan pengacara Mira Filzah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular ABPBH 32.
BACA: Senarai Penuh Pemenang ABPBH 32: Mira Filzah Bintang Paling Popular!
Majlis anugerah yang bersiaran di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) itu dihoskan oleh Datuk AC Mizal dan Elly Mazlein.
ABPBH 32 diserikan lagi dengan persembahan bertenaga daripada Ismail Izzani, Sufian Suhaimi, Idayu, Liza Hanim, Ernie Zakrie dan ramai lagi.

Assalamualaikum buat semua. Dalam kesibukan serta fokus dalam tugas lakonan... Saya dikejutkan dengan rezeki kemenangan Anugerah Pelakon Filem Lelaki Popular di ABPBH 2019 semalam. Alhamdulillah... Saya amat bersyukur di atas kurniaan rezeki Allah swt ini. Ucapan terima kasih saya juga buat semua peminat yang mengundi saya. Buat pengetahuan semua, saya masih lagi sibuk dengan penggambaran filem terbaru saya “Miimaland” disertai dengan pelbagai tugas-tugas lain. Jadual padat saya telah membuatkan saya kurang sihat dan tidak bermaya justeru tidak dapat hadir ke Majlis ABPBH semalam namun, Anugerah ini akan menjadi pembakar semangat untuk saya terus bekerja keras dalam memberikan persembahan yang terbaik untuk filem yang ditugaskan sekarang dan masa-masa akan datang. Terima kasih buat semua warga @beritaharian , @tv3malaysia dan terutamanya semua peminat yang ikhlas menyokong saya dan kerjaya saya walau apa pun keadaan. Saya mendoakan semoga Allah swt merahmati anda semua. ?

A post shared by Fattah Amin (@fattahaminz) on

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ulas Isu Rumah Tangga Fazura-Fattah, Netizen Mula ‘Serang’ Tya Ariffin & Asyraf Khalid - “Yang Dari Suka Tengok Podcast Ini, Tiba Rasa Menyampah...”

gempak
20/09/2024
02:55 MYT
Gara-gara mengulas isu rumah tangga pasangan selebriti Fazura dan Fattah Amin, pelakon Tya Ariffin serta suaminya iaitu Asyraf Khalid menerima kecaman netizen di laman sosial.
Hiburan

"Fattah Amin Adalah Sebaik-Baik Manusia, Fazura Juga Begitu, Cuma…” - DJ Sonic

gempak
19/09/2024
05:25 MYT
Pengacara dan penyampai radio DJ Sonic berkongsi keperibadian pasangan selebriti Fazura dan Fattah Amin.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Hiburan

“Mereka Cakap Dia Seorang Introvert & Tak Reti Berparti Bagai…” - Individu Dedah Perangai Sebenar Fattah Amin

gempak
18/09/2024
23:55 MYT
Isu rumah tangga pasangan selebriti Nur Fazura dan suaminya, Fattah Amin masih menjadi perbualan hangat di setiap media sosial sejak minggu lalu.
Hiburan

Adira Suhaimi Anggap Fazura Sama Seperti Dirinya - “Dia Macam Saya Tak Tunjuk…”

gempak
18/09/2024
04:55 MYT
Pernah berdepan isu melibatkan rumah tangga, penyanyi Adira Suhaimi menyifatkan dirinya sama seperti pelakon Fazura yang tidak gemar menunjukkan sebarang tanda sedang menghadapi masalah kepada umum.