,
Laman Utama

“Kenapa Buat Yoe Menangis!” Penonton Akui Sebak Menyaksikan Filem 35mm

Izwan Isa
24/06/2022
07:50 MYT
Penonton yang telah menyaksikan filem 35mm memberikan respons positif terhadap karya kedua arahan Syahmi Sazli itu.
Menerusi komen-komen yang ditinggalkan di Instagram, ada yang memuji gaya pertuturan dialog dalam filem berkenaan yang dikatakan mudah difaham kerana tidak menggunakan dialek Kelantan sepenuhnya.
“Bagi saya 4/5 memang best. Filem kali ini saya mudah paham sebab dia bukan 100 peratus semua cakap kelantan… pertuturan jelas.
“Tapi kenapa buat Yoe nangis masa jumpa mak ayah dia sebab saya pun ikut nangis. Lepas tu memang mengamit kenangan masa kecik. Good job!” komen seorang penonton.
35mm mengisahkan tentang tiga sahabat, Syahmi, Asif, Yoe yang terperangkap dalam penggambaran ke beberapa zaman berlainan selepas membeli sebuah kamera antik. Antara zaman yang dilewati adalah pada tahun Dinasti Cina, zaman jajahan Jepun, pemerintahan British.
Setiap era yang dilewati pasti mempunyai cabaran yang perlu mereka hadapi bagi meloloskan diri. Apabila mereka berada di tahun 1997, Yoe merasa hiba kerana buat pertama kali berjumpa ibu bapanya. Namun mereka perlu kembali di tahun 2020 walau apa cara sekalipun.
Jangan lepaskan peluang untuk melanggan 35mm Di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 21 Jun 2022. Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand.
Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw dan Astro Gempak.
Nak tonton banyak lagi movie menarik? Terus jer ke pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480 untuk lebih banyak filem hebat! Macam-macam movie ada!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

“Alhamdulillah Rasa Happy, Ya Allah Amin” – Asif Suhaimi Syukur Lakonan Diterima Ramai

gempak
08/07/2022
10:58 MYT
Bagus Asif ni.
Terkini

Yoe & Asif Serasi, Mudah Ikut Kehendak Pengarah - Penulis Skrip 35mm

gempak
06/07/2022
11:50 MYT
Memang terbaik!
Laman Utama

Penggambaran 35mm Pernah Dihentikan Sebanyak Dua Kali Sebab…

gempak
05/07/2022
08:50 MYT
Cabaran membawa hasil yang baik
Laman Utama

Peminat Mahu Pengarah Syahmi Sazli Jadi Pelapis Generasi Arwah Mamat Khalid - “Hang Boleh Pergi Jauh”

gempak
01/07/2022
07:50 MYT
Memang ada potensi
Laman Utama

Penonton Yakin Filem 35mm Boleh Raih Kutipan Sehingga RM3 Juta Dalam Masa Sebulan

gempak
28/06/2022
05:50 MYT
RM3 juta sasaran penonton