Hiburan

“Kenapa Awal Sangat?” – Mengurut Seawal Jam 5 Pagi, Netizen Persoal Vivy Yusof

gempak
Azwa Rahman
19/02/2020
09:52 MYT
Sponsor Banner
“Kenapa Awal Sangat?” – Mengurut Seawal Jam 5 Pagi, Netizen Persoal Vivy Yusof
Pengasas Fashion Valet Datin Vivy Yusof mencuri tumpuan wargamaya apabila berkongsi foto berurut yang diadakan pada jam 5 pagi.
Menerusi laman sosial Instagram, Vivy memuat naik foto mengenakan kain batik dan bersedia untuk sesi mengurut untuk tatapan umum.
“Manjakan diri sendiri dengan sesi urutan. Selalu buat di rumah dan sentiasa 5 pagi,” tulisnya ringkas sebagai kapsyen.
Meninjau ruangan komen, rata-rata wargamaya mempersoalkan tindakan Vivy berurut pada jam 5 pagi.
Namun, ada yang turut mempertahankan sesi urutan yang bermula awal pagi kerana berpendapat urat badan sedang lembut selepas bangun dari tidur.
Malah, ada yang beranggapan waktu tersebut sesuai memandang Vivy seorang ibu dan usahawan yang sentiasa sibuk.
“Ya Allah, tak pernah terfikir buat massage jam 5 pagi. Bagusnya bangun awal. Such a really morning person,” tulis seorang wargamaya.
“Your self-care routine. Siapa pernah fikir nak susun jadual berurut jam 5 pagi. Tabarakallah,” ujar seorang wargamaya.
“Mak saya pernah beritahu bagus berurut awal pagi sebab urat masa tu lembut lepas kita bangun tidur. Mak saya mengurut saya pun awal pagi,” luah seorang wargamaya.
“Sebab dia busy kerja kot. Tapi walaupun busy, dia tak abaikan penjagaan diri,” puji seorang wargamaya lagi.
Vivy dan suaminya Fadza Anuar mendirikan rumah tangga pada tahun 2012.
Hasil perkahwinan itu, pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata, Daniel Azim Shah, Mariam Iman Shah dan Sarah Ilham Shah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024