,
Gaya Hidup

"Kenangan Zaman Kanak-Kanak" - Comelnya Syiling Emas Upin & Ipin Ni!

Amri Hassan
28/08/2020
08:04 MYT
Pengeluar barangan kemas tempatan, Habib Jewels dan syarikat Les' Copaque melancarkan syiling emas edisi terhad sempena kempen Habib's Merdeka #SokongLokal.
Kata Pengerusi Eksekutif Habib Group, Datuk Seri Meer Habib, syiling emas itu akan membangkitkan kenangan zaman kanak-kanak dan motivasi untuk generasi muda berjimat-cermat.
"Kolaborasi ini supaya anak-anak muda mendapat pendedahan awal dari kecil untuk melabur dalam emas.
"Sepertimana semua tahu, emas merupakan pelaburan terbaik kerana harganya meningkat dari semasa ke semasa dan buktinya harga emas telah meningkat 30 peratus pada tahun ini," katanya.
Beliau ditemui pada majlis pelancaran pameran Merdeka Habib di ruang legar IOI City Mall, Putrajaya pada Khamis.
Syiling emas yang tertera karaktor watak animasi popular Upin & Ipin seberat 0.2 gram itu dijual dengan harga RM118 sahaja.
Sementara itu Pengarah Urusan Les' Copaque Production, Burhanuddin Md Radzi berkata mereka amat bangga dengan kolaborasi semalam, dan melihat pandemik yang menghantui dunia ketika ini bagaikan satu "rahmat yang terselindung" kepada jenama tempatan.
"Malaysia memiliki banyak jenama yang baik, dan dengan kemunculan pandemik, rakyat kini benar-benar menyokong jenama tempatan," katanya.
Pameran Merdeka Habib yang berlangsung dari 27 Ogos sehingga 6 September ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Teater Muzikal Upin & Ipin - Pin Pin Pom Ditayangkan Di Astro First! Versi Eksklusif & Lebih Banyak Kesan Visual

gempak
16/05/2023
05:50 MYT
Yeay ada versi eksklusif!
Laman Utama

“Boleh Jadi Aset & Pelaburan Masa Depan” - Noryn Aziz Nasihat Wanita Untuk Miliki Barangan Kemas Tulen Bukan Tiruan

gempak
20/02/2023
12:00 MYT
Noryn suka simpan barang kemas
Laman Utama

Rasai Sendiri Pengalaman Upin & Ipin Kampung In The City! Anak-Anak Confirm Seronok!

gempak
18/04/2022
08:00 MYT
Seronok la anak-anak nanti.
Laman Utama

Netizen Indonesia Jumpa Kubur Upin Ipin, Dakwa Dah Meninggal Dunia 20 Tahun Lalu? Ini Respons Pengasas Animasi Les' Copaque...

gempak
18/01/2022
03:48 MYT
Viral pula video kubur Upin Ipin...
Hiburan

Takziah! Bapa Pemilik Suara Upin Ipin Meninggal Dunia

gempak
06/01/2021
01:13 MYT
Takziah buat keluarga Allahyarham Azhar Ahmad