,
Laman Utama

Kenang Show Di Pasar Seni, Pitahati Rilis Album Khas Versi Deluxe!

Amri Hassan
14/06/2021
05:25 MYT
Di ulangtahun yang ke-10 album Bintang Biru Kristal Salju, Pitahati bakal meriliskan album ini versi deluxe yang akan memuatkan persembahan live mereka di Galeri Annexe, Pasar Seni pada tahun 2012 dahulu. Album terbitan Luncai Emas ini juga telah di remaster untuk memberikan nafas baru pada sebuah karya Pitahati yang penting dan progresif dalam perjalanan musik mereka.
Album ini mengandungi 2 CD. CD pertama memuatkan lagu lagu asal yang telah melewati proses remaster dan CD kedua mengandungi rakaman dari persembahan live mereka di Galeri Annexe, Pasar Seni Kuala Lumpur.
Antara perkara-perkara yang membuat album ini istimewa, ialah lagu hit-nya Bintang Biru Kristal Salju, yang telah menjadi permintaan orang ramai di mana-mana persembahan mereka sehinggalah hari ini. Dalam album inilah lagu ini muncul buat pertama kalinya dan sekaligus melonjakkan nama Pitahati di persada muzik rock Malaysia. Selain daripada Bintang Biru Kristal Salju, Hati-Hati Ahmad! juga telah menjadi antara lagu yang terkenal sehingga hari ini.
Dengan album ini, Pitahati telah memperkenalkan sejenis genre muzik yang unik dan jarang didengari orang ramai ketika itu, iaitu sejenis muzik yang berasaskan art rock dan avant-garde, yang diwajahi dengan lirik-lirik dalam Bahasa Melayu. Gaya muzik seperti ini kian membunga dan merebak pada tahun-tahun berikutnya dan membentuk apa yang dikenali para pendengar zaman sekarang sebagai Psychedelic Rock Nusantara.
Album Bintang Biru Kristal Salju serta persembahan mereka di Galeri Annexe merupakan batu loncatan dalam perjalanan dan kemajuan seni dan muzik Pitahati. Sejak itu, mereka telah merakam 2 buah album; Fonetik Anak Candal dan Selamat Datang ke Panggung Suara. Album-album tersebut kini menjadi penanda aras dalam muzik Malaysia kerana daya kreativiti, keaslian dan tahap usaha yang tinggi yang diletakkan ke dalam proses pembikinannya, sehingga berulangkali diiktiraf sebagai Album Terbaik pada tahun pelancarannya, oleh para pendengar dan pengkritik muzik yang ada.
Pitahati bakal muncul dengan sebuah single hasil kolaborasi bersama penyanyi lagenda Ito Blues Gang dalam bentuk sebuah remake; penggubahan semula lagu hit kumpulan Blues Gang, Khatulistiwa. Single ini dijangka akan rilis pada hujung tahun ini. Selain itu, mereka juga sedang dalam proses pembikinan sebuah album baru, setelah 6 tahun sejak pelancaran Selamat Datang ke Panggung Suara.
Album Bintang Biru Kristal Salju + Live di Galeri Annexe Pasar Seni KL akan sedia untuk dibeli pada 25 Jun 2021 di semua record store seluruh negara. Maklumat lanjut boleh didapati di laman-laman sosial Pitahati.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Pertaruh Album Baharu, FUGŌ Angkat Karya Ciptaan Sendiri Dalam 99

gempak
12/08/2024
18:55 MYT
Empat tahun mengemudi karier dalam muzik industri, kumpulan alternatif indie, FUGŌ hadir dengan album baharu berjudul 99.
Laman Utama

Drax Project Rilis Album Kedua Upside!

gempak
21/12/2023
04:59 MYT
Lagu-lagu Drax Project distrim berbilion kali.
Laman Utama

Tak Sangka Ke AJL38, Aisha Retno Lancar Dua Single Serentak & Album Mini A.R - "Masih Tak Percaya, Inilah Nikmat & Rezeki ..."

gempak
19/12/2023
05:30 MYT
Aisha Retro tampil bersama single Cukuplah & Teduh.
Laman Utama

Netizen Tuduh Beyonce Putihkan Kulit

gempak
30/11/2023
14:45 MYT
Beyonce baru melancarkan filem miliknya, Renaissane.
Laman Utama

Kos Ratusan Ribu Ringgit, Ini Fakta Menarik Tentang Album Sulung Dolla New Classic!

gempak
17/11/2023
13:55 MYT
Wow! Bukan biasa-biasa