,
Berita

Kenali Yang di-Pertuan Agong ke-17

Awani
31/01/2024
05:30 MYT
Biografi Yang di-Pertuan Agong ke-17, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
LATAR BELAKANG
  • Dilahirkan pada 22 November 1958, di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.
  • Baginda merupakan putera sulung kepada Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail dan Almarhumah Enche’ Besar Hajah Khalsom Binti Abdullah.
PERISTIWA PENTING
  • 3 Julai 1981: Dimasyhurkan sebagai Tunku Mahkota Johor.
  • 22 September 1982: Mendirikan rumah tangga bersama DYMM Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah dan dikurniakan lima orang putera dan seorang puteri.
  • 25 April 1984 - 25 April 1989: Dilantik sebagai Pemangku Raja.
  • 23 Januari 2010: Dimasyhurkan sebagai Sultan Johor.
PENDIDIKAN
  • Taman Didikan Kanak-Kanak Tunku Ampuan Mariam, Johor Bahru.
  • Sekolah Temenggong Abdul Rahman (1) Johor Bahru.
  • Sekolah Agama Ayer Molek, Johor Bahru.
  • 1968 - 1970: Trinity Grammar School, Sydney, Australia.
  • 1971 - 1975: English College (Maktab Sultan Abu Bakar).
  • Fletcher School of Law and Diplomacy di Boston, Massachusetts, Amerika Syarikat di mana Baginda melengkapi dua kursus - ‘Southeast Asian Strategic Studies’ dan ‘International Law of the Seas’.

Berita Trending: Aksi Spontan YDPA dan Raja Permaisuri Cuit Hati Netizen - “Takda Raja Pemaisuri Yang Sporting Macam Ni Di…

LATIHAN KETENTERAAN
  • Platun komander di Pusat Latihan Tentera Darat (PULADA), Kota Tinggi.
  • Pegawai muda di Fort Benning, Georgia, Amerika Syarikat.
  • Latihan airborne dan ranger untuk pegawai infantri.
  • 19 terjunan payung terjun bersama American Special Forces dan Pathfinder.
  • Ditauliah sayap dan mendapat pengiktirafan sebagai Komando.
  • Ditauliahkan sebagai anggota pasukan SEAL.
  • Ditauliahkan sebagai ahli kehormat Komando Pasukan Khusus (KOPASSUS), Indonesia.
  • Menjalani latihan juruterbang helikopter bersama TUDM dan dikurniakan serta menerima sayap pada 26 April 1982 daripada Almarhum Sultan Iskandar.
Baginda turut menjalani latihan tentera laut di Pangkalan TLDM di Lumut, Perak, sekali gus melengkapkan Baginda sebagai pegawai tentera darat, laut dan udara yang berkemahiran.
Sekadar info, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menamatkan tempoh pemerintahan pada Selasa.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Sharifah Rose dan Ezzrin Loy Dalam Proses Kenali Hati Budi - “Bagi Saya Ruang..”

gempak
29/02/2024
03:30 MYT
Pelakon, Sharifah Rose memberikan respons mengenai dakwaan percintaannya bersama aktor Ezrin Loy.
Berita

Aksi Spontan YDPA dan Raja Permaisuri Cuit Hati Netizen - “Takda Raja Pemaisuri Yang Sporting Macam Ni Di Dunia”

gempak
30/01/2024
09:30 MYT
Tindakan YDPA dan Raja Permaisuri berjaya meraih perhatian netizen yang rata-rata terhibur dengan gaya tangan ‘rock’ dan ‘mini love’ yang dilakukan saat keberangkatan pulang Seri Paduka berdua kembali ke Pahang.
Berita

Kongsi Foto Bersama Tengku Puteri Afzan, Tengku Puteri Ilisha, Tengku Puteri Iman: “Goodbye Istana Negara”

gempak
30/01/2024
08:45 MYT
Sebagaimana sedihnya Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah meninggalkan Istana Negara, hari ini, perasaan sama turut dirasai anakanda Seri Paduka Baginda Berdua.
Viral

Majlis Bersalaman Kakitangan Istana Negara & YDPA Buat Netizen Sebak - “Beratnya Hati Kakitangan Istana Negara Berpisah Dengan YDPA”

gempak
30/01/2024
02:00 MYT
Perkongsian sebuah video yang memaparkan momen bersalaman Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri  Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bersama kakitangan istana di sekitar Majlis Bersalaman mengundang rasa sebak netizen.
Laman Utama

Dedah Dipukul Putera William, Hilang Teruna Usia Belasan Tahun, Biografi Putera Harry Laris!

gempak
11/01/2023
05:55 MYT
Biografi kontroversi milik Putera Harry berjudul Spare menjadi naskhah paling hangat dan ‘dikejar’ peminat