,
Berita

Kenali Warisan Bugis Menerusi Fiesta Warisan Bugis Lino Maloang

Elrafaei Sapi
25/07/2018
14:44 MYT
Mungkin tidak ramai yang tahu aktiviti seni masyarakat Bugis apatah lagi mengenali lebih dekat budaya masyarakat ini yang wujud di negara ini.
Bagi mendekatkan hubungan masyarakat setempat dengan masyarakat Bugis, Persatuan Melayu Bugis Selangor (PMBS) Daerah Klang akan menganjurkan Fiesta Warisan Bugis Lino Maloang.
Acara yang diadakan buat julung kalinya ini bertujuan memberi kesedaran kepada orang ramai agar mengetahui lebih lanjut mengenai sejarah dan tradisi masyarakat Bugis.
Perkataan Bugis iaitu Lino Maloang bermaksud dunia nan luas bersama nama acara sebagai simbol semangat kaum bugis.
Penganjuran acara ini bersesuaian dengan peranan, sumbangan dan budaya merantau masyarakat Bugis dari tanah asal mereka di Sulawesi yang merantau dan menetap ke hampir seluruh pelusuk Nusantara termasuk juga beberapa negara lain di seluruh dunia.
Acara dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor dan Majlis Perbandaran Klang ini turut mendapat sokongan dan penyertaan komuniti Bugis di negeri lain dan dari Batam serta Singapura.
Pelbagai acara menarik yang disediakan buat orang ramai antaranya persembahan seni tari Melayu dan Bugis menggabungkan Tarian 4 etnik (Bugis, Makassar. Mandar dan Toraja), Tari Paduppa,Tari Indo Logo dan Tari Pepe-pepeka Ri Makka (tari api).
Tidak kecuali aktiviti pencak silat, pertandingan busana tradisi, kulinari masakan tradisi dan pameran senjata serta busana.
Acara ini turut diserikan dengan persembahan artis-artis tempatan seperti Gmie Screen, Bagio Damasutra dan Ali XPDC pada sebelah malam.
Acara ini akan diadakan pada 28 hingga 29 Julai ini di Kompleks Sukan Pandamaran, Pelabuhan Klang, Selangor Darul Ehsan bermula jam 9 pagi hingga 10 malam dan akan dirasmikan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Jemaah Baru Balik Haji Gayakan Busana 'Kelip-Kelip', Melaram All Out Turun Kapal Terbang!

gempak
30/06/2024
01:55 MYT
Aksi jemaah haji Indonesia yang pulang ke Makassar baru-baru ini mendapat perhatian warganet ekoran menggayakan busana pelbagai warna dan berkelip-kelip sejurus sampai ke tanah air.
Unitar