,
Gaya Hidup

Kenali B, Pesaing Baharu Instafamous Di Instagram

Kamaruddin Razal
19/11/2019
13:31 MYT
Ini ‘B’, serangga pertama yang mempunyai akaun media sosial Instagram.
Ya, B adalah seekor lebah. Kelakar bukan?
Akaun Instagram B diwujudkan sebagai satu mesej kesedaran awam di mana serangga kecil dan ‘suka bergambar’ ini diwujudkan menggunakan teknologi pengimejan CGI oleh Fondation de France, lapor Astro Awani.
Ia bertujuan dalam meningkatkan kesedaran dan membantu mengumpulkan dana untuk menyelamatkan lebah.
Menurut satu kajian, 24 peratus lebah mati di Eropah akibat peningkatan kegiatan pertanian setiap tahun.
Mungkin ada antara anda yang tertanya-tanya kenapa serangga kecil ini penting?
Lebah bertindak sebagai ejen pendebungaan dalam proses pemindahan butir debunga daripada anter ke stigma dan ia memainkan peranan penting dalam ekosistem semula jadi secara global.
Tanpa kewujudan serangga ini, tumbuh-tumbuhan tidak dapat menjalankan proses pendebungaan dan ini sekali gus akan menyebabkan pembiakan sesuatu tumbuhan itu terbantut.
Menurut laman Instagram B, usaha melindungi lebah bermaksud melindungi planet dan Fondation de France menyeru semua orang menyokong insiatif tersebut, dalam mewujudkan kesedaran berhubung perkara itu.
Di Instagram, B suka mengambil gambar dirinya seperti pengguna laman sosial yang lain.
B suka bergambar dan bersantai di lokasi menarik serta sangat bersahaja ketika membuat sebarang ‘pose’ di setiap gambarnya.
Malah, telatahnya juga mirip seperti selebriti media sosial. Comel bukan?
Sumber: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

[VIDEO]"Biar Dia Buat Apa Yang Dia Suka..."- Isu Cik B Potong Rambut Macam Lelaki, DSV Minta Beri Masa

gempak
24/10/2022
11:42 MYT
DSV Minta Beri Masa Pada Cik B
Laman Utama

“Bukan Filter Ye”- Bibir Bengkak Bak Angelina Jolie, Harris Anuar Syukur Dapat Rawatan Awal! Rupanya Alami Annaphilatic Shock!

gempak
15/10/2021
05:25 MYT
Bahaya ya rupanya!
Laman Utama

“Trauma & Memberontak” -Tetap Nak Kahwin Iqbal, Vida Nak Buat Solat Hajat Tenangkan Hati Cik B

gempak
13/09/2021
11:42 MYT
Vida kata Cik B masih trauma & memberontak
Berita

Beyonce Mengaku Ternak & Ada Lebih 80 Ribu Ekor Lebah Di Rumah

gempak
05/11/2020
00:15 MYT
wah banyaknya
Education | Pendidikan

#GempakSpot: Scientists Declare Bees As The Most Important Living Beings On The Planet!

gempak
18/10/2019
02:49 MYT