,
Berita

Kenal Hampir 10 Tahun, Lelaki Malaysia Diculik & Dijual Rakan Sendiri Ke Sindiket Di Myammar

Ainun
21/07/2024
09:25 MYT
Seorang lelaki Malaysia berjaya diselamatkan selepas ditipu, diculik, dan ditahan untuk wang tebusan selama dua bulan di Myanmar.
Menurut laporan New Straits Times, mangsa mahu dirinya dikenali sebagai Law, 37, berkata dirinya ditipu oleh rakan yang dikenalinya hampir 10 tahun.

"Dia menawarkan saya perjalanan berbayar ke Bangkok, Thailand, pada Mei untuk menghadiri upacara keagamaan dan untuk bercuti.

"Di Thailand, dia membawa saya ke sebuah kereta dan memberi saya sebotol air untuk diminum. Kemudianya, saya terus pengsan," katanya kepada media ketika dia sudah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini.
Jelasnya lagi, apabila dia sedar, dia sudah berada di atas bot menuju ke lokasi yang tidak diketahui sehinggalah mengetahui bahawa dirinya dibawa ke bandar sempadan Thai Mae Sot dan terus ke Myanmar.

Tebusan

Ketika berada di sana, Law telah dijadikan tebusan, selain ditoreh serta dipukul semasa dalam tahanan. Sindiket itu telah meminta wang tebusan sebanyak RM50,000 daripada keluarganya.
“Mereka memukul saya dengan kayu dan batang besi. Mereka juga mengelar pergelangan tangan dan leher kiri saya.

"Ada seorang lagi warga Malaysia dan empat warganegara China menjadi tebusan bersama saya. Jika kami mahu balik, penculik itu berkata keluarga kami mesti membayar wang tebusan," kongsinya.

Rundingan berjaya

Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Antarabangsa Malaysia (MHO) Datuk Hishamuddin Hashim berkata mangsa bernasib baik kerana melarikan diri dan bertemu dengan seorang askar Myanmar yang fasih berbahasa Melayu untuk membantu dirinya.
Kata Hishamuddin, pertubuhannya telah berhubung dengan askar itu untuk memastikan mangsa selamat, sementara mereka berunding dengan pihak berkuasa Myanmar untuk membawanya pulang. Mereka juga telah memaklumkan kepada keluarga Law supaya tidak membayar wang tebusan.
Selepas rundingan berjaya dibuat, mereka berjaya membawa Law pulang ke Malaysia dengan selamat.
Pada sidang media di KLIA, Hishamuddin mengingatkan kepada rakyat Malaysia supaya berhati-hati dengan tawaran perjalanan dan pekerjaan percuma, terutama di Thailand, Kemboja dan Myanmar.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, sebilangan rakyat Malaysia telah menjadi mangsa penyeludup manusia yang beroperasi di Myanmar.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Berita

Lelaki Myanmar Mengaku Bersalah Korek Mata Mangsa Hingga Cacat Kekal

gempak
22/11/2024
09:25 MYT
Warga Myanmar yang mengorek biji mata kiri seorang lelaki sehingga mengalami kecacatan kekal mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Butterworth hari ini atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap mangsa, Sabtu lalu.
Hiburan

Penangan Ipar Adalah Maut & Andai Tiada Dia, Ramai Yang Nak Tahu Tentang Iddah Lelaki, Ini Penjelasan Tun Laila

gempak
19/11/2024
06:55 MYT
Penguam dan personaliti media sosial, Tun Laila memberikan penjelasan berkenaan dengan waktu iddah bagi kaum lelaki.
Hiburan

Letup Belon Majlis Gender Reveal, Nabila Razali & Suami Bakal Timang Anak Lelaki!

gempak
17/11/2024
09:25 MYT
Penyanyi Nabila Razali mengumumkan bakal menimang bayi lelaki tidak lama lagi.
Hiburan

Adik Neelofa Bakal Timang Cahaya Mata Lelaki!

gempak
17/11/2024
08:55 MYT
Adik lelaki kepada pengacara dan usahawan terkenal, Noor Neelofa iaitu Mohamed Aqief bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.
Unitar