,
Hollywood

Kenal Di Tinder, Wanita Dakwa Zayn Malik 40 Kali Ajak Lakukan S*ks Bertiga?

Maliah Surip
14/02/2024
15:47 MYT
Seorang pengguna Tik Tok wanita yang dikenali sebagai Sam Fisher membuat pengakuan kontroversi mengenai penyanyi Zayn Malik.

BERITA TRENDING: Selepas 8 Tahun, Zayn Malik Dedah Faktor Perpecahan One Direction

Fisher, 33, mendakwa telah berkenalan dengan Zayn Malik melalui akaun Tinder sebelum menjalinkan hubungan selama sembilan bulan.

BERITA TRENDING: “Macam Zayn Malik” - Netizen Samakan Wajah ‘Berjambang’ Datuk Fazley Dengan Penyanyi…

Dalam tempoh sembilan bulan menjalin hubungan, Fisher mendakwa telah meninggalkan mantan anggota One Direction tersebut selepas hampir memenuhi permintaan berkaitan seks.
Menerusi pendedahan yang dibuat di Tik Tok, selain berkongsi beberapa foto Zayn tanpa pakaian dan mesej yang dihantar, Fisher memberitahu keinginan seks penyanyi itu terhadapnya.
“Saya berkenalan dengan Zayn di Tinder selepas dia menghantar mesej peribadi menerusi akuan miliknya.
“Saya ingatkan ia akan berakhir segera tapi ia berlanjutan selama sembilan bulan,” katanya seperti dilaporkan Page Six.
Menyifatkan hubungan mereka sebagai kasual, Zayn akan menghubunginya selang beberapa minggu.
Hubungan mereka berubah selepas Fisher memberitahu dia kali terakhir menjalin cinta dengan sesama wanita.
“Sejak itu Zayn mempunyai ‘sesuatu’ di fikirannya. Dia mahu kami melakukan seks secara bertiga (threesome).
“Dia meminta sekitar 40 kali untuk melakukan hubungan seks secara bertiga. Zayn meletakkan syarat saya tidak boleh mendedahkan identitinya kepada wanita ketiga.
“Saya mengaturkan ‘pertemuan’ itu namun akhirnya menarik diri pada saat akhir,” dakwa Fisher.
Tindakannya menarik diri pada saat akhir membuat Zayn marah. Sejak itu hubungan mereka terputus, dakwa wanita tersebut.
Pendedahan itu mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna Tik Tok yang antaranya mengaku tidak menyangka Zayn mempunyai sisi liar dalam hubungan seks.
Namun sehingga artikel ini ditulis pihak Zayn belum memberi sebarang kenyataan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.