,
Berita

Kenal Di Alam Maya, Dea Dalila Selesa Dengan Alvin Chong

Rozaimi Zubaidi
21/08/2018
04:10 MYT
Penyanyi kelahiran Indonesia, Dea Dalila mengakui selesa berkawan dengan aktor Alvin Chong walaupun pada awalnya mereka hanya berkenalan menerusi media sosial.
Menurut Dea, perwatakan yang ada pada Alvin memudahkan mereka untuk mencari keserasian dalam single terbaharu iaitu Mencintaimu 99%.
"Pada awalnya perkenalan kami hanya menerusi alam maya dan kami tidak pernah berjumpa.
"Saya hanya mengenali personaliti diri Alvin hanya menerusi gambar-gambar di Instagram sahaja.
"Ternyata persahabatan yang terjalin di media sosial itu memudahkan kami untuk mencari keserasian bersama dalam bekerjasama untuk single terbaharu ini.
"Ternyata sikap Alvin yang lucu itu membuatkan saya sangat selesa ketika pertama kali bertemu untuk merakamkan single kami di Indonesia," katanya kepada Gempak.
Dalam perkembangan lain, Alvin dan Dea menjelaskan mereka kini terlibat dalam kempen kesedaran anjuran Arthritis Foundation Malaysia bagi para pesakit Ankylosing Spondylitis (AS) di negara ini.
“Penyakit ini biasanya menyerang golongan muda pada bahagian belakang badan. Ia melibatkan penyakit pada tulang belakang.
"Tapi sehingga kini masih ramai yang tidak tahu tentang AS sehinggalah ia didiagnos oleh pakar.
"Saya berharap dengan kempen ini dapat memberi kesedaran pada orang ramai tentang AS ini," ujarnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Sebab Muka ‘Budak Baik’, Alvin Chong Dedah Pernah Ditolak Pihak Produksi Filem Aksi

gempak
05/09/2024
07:55 MYT
Menurut Alvin,33, sasarannya adalah untuk mencuba melakonkan karakter yang lebih berat kerana kini dia hanya diberikan watak yang lebih kurang sama.
Hiburan

Netizen Tak Berkenan Tengok Alvin Chong Pakai Macam Androgini - "Maaf, Tak Sesuai Dengan Awak"

gempak
05/03/2024
04:55 MYT
Korang tak faham fesyen...
Laman Utama

“Saya Terjaga Dalam Keadaan Menangis “ - Alvin Chong

gempak
02/10/2023
11:50 MYT
Sampai menangis ya...
Laman Utama

Alvin Chong Ada Sebab Tak Dapat Teruskan Amalan Berpuasa Tahun Ini - “Bukan Disebabkan Saya Sakit Tapi…”

gempak
19/04/2023
07:50 MYT
Tak apa, tahun depan boleh cuba lagi puasa.
Laman Utama

"Kereta Satu-Satunya Zon Selamat & Selesa Saya" - Alvin Chong

gempak
14/12/2022
07:50 MYT
Kenapa tu?