,
Laman Utama

Kemelut Masih Berpanjang, Dr Hafiz Terkejut Lufya Omar Tuntut Mut’ah RM1 Juta

Asyikin Mayudin
02/03/2023
02:57 MYT
“Ya, saya memang terkejut,” kata bekas suami kepada penyanyi Lufya Omar iaitu Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum yang menerima notis tuntutan Mut’ah berjumlah RM1 juta walaupun sudah bercerai tiga tahun lalu.
Dr Hafiz yang ditemui di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada Khamis enggan mengulas lebih lanjut berhubung tuntutan yang dibuat oleh bekas isteri pada Oktober tahun lalu.
“Saya nak minta maaf, perkara ini privasi kami dan saya tak nak beri apa-apa kenyataan buat masa ini sebab menghormati isteri saya.
“Memang saya terkejut, apa-apa pun kita doakan yang terbaik. Semoga urusan semua pihak dipermudahkan,” kata Dr Hafiz
Peguam yang mewakili Dr Hafiz iaitu Abdul Hadi Mohamad Salleh mengesahkan jumlah tuntutan Mut’ah daripada pihak plantif (Lufya) berjumlah RM1juta.
“Mut’ah ini adalah saguhati bekas suami kepada bekas isteri selepas bercerai. Jadi Lufya ada membuat tuntutan pada Oktober 2022 dan hari ini adalah untuk pengurusan kes.
“Sebelum ini, mereka sudah menjalani proses sulh namun tidak mencapai kata sepakat. Kalau ikutkan, betul la ia jumlah yang dituntut oleh pihak plantif.
“Namun semuanya masih dalam proses perbincangan dan mahkamah yang akan menentukan mengikut syarat-syarat tertentu,” ujarnya.
Dalam pada itu, Lufya yang turut hadir ditemani peguam kelihatan sugul dan mengelak daripada ditemu bual pihak media.
Untuk rekod, Lufya mendirikan rumah tangga dengan Dr Hafiz pada 26 November 2016 dan dikurniakan Laana Haura yang kini berusia lima tahun.
Bagaimanapun, Lufya dan Dr Hafiz bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam pada pada 17 Jun 2020.
Selepas tiga tahun bergelar duda, Dr Hafiz akhirnya berkahwin dengan pelakon Julia Farhana pada 14 Disember 2022.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Hafiz Mahamad Tampil Beri Penjelasan Video Kaabah, Siap Buat Lakonan Semula Nak Bagi Faham - “Apabila Awak Sentuh Tentang Islam, Saya Sebagai…”

gempak
06/08/2024
05:26 MYT
Hafiz Mahamad akhirnya tampil memberi penjelasan berhubung sepotong video tular memaparkan kekecohan ketika mahu mencium hajar aswad sehingga didakwa mempermainkan agama.
Hiburan

Ajai Minta Doakan Yang Terbaik Buat Hafiz Suip – “Saya Rasa Dia Takkan Hilang Dalam Industri, Rugi…”

gempak
29/07/2024
21:55 MYT
Komposer dan penyanyi Ajai menyifatkan penyanyi bervokal mantap, Hafiz Suip sangat professional dalam bekerja biarpun didakwa sedang berdepan masalah.
Hiburan

Perkongsian IG Dihujani Tahniah, Nina Ismail Sabri Bakal Dirikan Rumah Tangga?

gempak
23/07/2024
01:39 MYT
Perkongsian di Instagram bekas isteri kepada pereka fesyen, Datuk Jovian Mandagie iaitu Nina Ismail Sabri sekali lagi mendapat tumpuan ramai selepas dirinya memuat naik gambar bersama keluarga dan seorang jejaka yang hanya dikenali sebagai Hafiz.
Hiburan

Dakwa Dirinya Dah Tak Releven, Netizen Bimbang Lihat Keadaan Hafiz Suip Di TikTok

gempak
02/06/2024
04:55 MYT
Penyanyi, Hafiz Suip mengakui dirinya sudah tidak releven dalam industri muzik tanah air.
Hiburan

Lufya Omar Sedar ‘Viewers’ & ‘Followers’ Berkurang Selepas Kongsi Tentang Palestin

gempak
17/05/2024
11:55 MYT
Pelakon Lufya Omar menyedari jumlah penonton dan pengikutnya di laman sosial semakin berkurangan setiap kali dia memuat naik perkongsian mengenai Palestin.