,
Laman Utama

​Kembara, 5 Pemuda Bertenaga Di Atas Pentas

Gempak
03/08/2022
07:33 MYT
31 Julai lalu, semua dalam Dewan Plenari berdarah muda. Walau beza jarak umur yang datang mungkin berlapis generasi tetapi dipertemukan pada satu titik temu- Kembara.
Penuh dewan tersebut, bukan hanya dengan bilangan pengunjung yang datang tetapi jiwa-jiwa yang hadir. Bukan hanya memberi sokongan kepada kumpulan pujaan mereka yang sudah berdiri 40 tahun dengan lagu dan perjuangan mereka, tetapi juga membenarkan hati perasaan mereka direnjut memori dan kenangan. Mengalir organik minat dan keterujaan mereka terhadap Kembara, kerana rata-rata yang hadir bukan mereka yang konon-kononnya tahu tentang perjuangan hidup.
Kembara muncul dengan Panorama Jingga 1444 Hijrah, sebuah konsert yang meruahkan segala rasa dalam satu lokasi. Adrenalin serta rasa penonton bertukar ganti roh dan emosi. Suka, duka, gembira, terkenang dan selebihnya meraikan.
Yang datang kebanyakannya sudah berusia, mungkin sama usia dengan Kembara yang anggotanya rata-rata berusia 60 tahun ke 70 tahun. Tak kurang juga, anak-anak muda yang belum ada garisan di wajah untuk mencerminkan kematangan dan kepayahan hidup. Namun seperti yang dikatakan, semua disatukan dalam jiwa rasa muda dengan 30 untaian lagu-lagu Kembara.
Awalnya Kembara sudah menjanjikan lagu-lagu yang rare, jarang dimainkan. Namun buat peminat setia Kembara, setiap bait lirik adalah familiar di telinga dan jiwa mereka. Rare di pentas namun tidak di hati dan kotak memori mereka walau lagu-lagu sudah menjangkau usia 40 tahun. Gadis Berpurdah Hitam, Di Manakah Dikau, Nyanyian Jiwa, Kupu-kupu atau Panorama Jingga bukan lagu yang tidak mesra dengar di hati peminat Kembara. Ini lebih kepada lagu-lagu gambaran kehidupan dari fasa ke fasa.
Malam itu, penonton terpukau dengan nyanyian 3 jam lebih Dato M.Nasir tanpa sekali pun beliau mejamah air. Tambah memukau adalah tenaga yang diberikan oleh Md Shah – 71 tahun (keyboard), Zoul- 60 tahun (vokalis), Shahrum- 70 tahun (dram) dan Rahman Suri- 68 tahun (bass). Mereka berdiri tiga jam lebih, bertenaga, bermain setiap notasi dari hati serta ikhlas dan organiknya rasa itu dapat dirasai dalam dewan tersebut. Barisan pemuzik ini dibantu juga oleh Khuzai (gitar), Adam (keyboard) serta Awe dan Eja sebagai penyanyi latar.
Kembara memberi dan menerima, menyerah dan mengambil, melantun dan melonjakkan. Itu semua rasa semulajadinya dan setiap perasaan sewaktu lagu-lagu dialunkan bersama-sama malam tersebut.
Kembara memberikan setiap jiwa dan tubuh dalam lokasi konsert dengan momen. Entah ada yang mengilas balik perjalanan payah dan jenuh sekitar 80an, jaguh memberontak di tahun 90an , perasaan jatuh cinta di tahun millennium atau ketenangan hidup di fasa seterusnya. Segala ini dapat dilihat dari reaksi yang diberikan oleh penonton.
Ada yang menyeka air mata tatkala lagu Sesat Di Kuala Lumpur. Hanya kenangan yang betul-betul jujur waktu itu, entah sesat benar di cabang-cabang jalan Kuala Lumpur atau dosa dan pahala yang bercampur memdefinasikan sesat tersebut untuk setiap individu yang menonton.
Busana yang dikenakan juga membawa penonton dekat dengan rasa Kembara itu. Mereka hadir rugged, marhaenis tetapi penuh bergaya. Ini semua datang dari idea dan kegigihan Renn BMC dari The Sunburst Store yang mengembalikan momen 80 an namun ada sifat kekiniannya ke atas pentas.
Tambah merancakkan malam tersebut adalah kehadiran Pyan Habib yang memberikan rasa serta penghargaan yang besar terhadap puisi ketika figura Osman Tikus ini melantunkan vokalnya. Puisi diangkat besar di malam Kembara. Sebuah penghargaan hormat juga buat Pyan. Terima kasih Shiraz Projects selaku penganjur konsert atas dedikasi ini.
Istimewanya Kembara juga kerana mereka merupakan kumpulan yang tidak melagu atau membawakan lagu-lagu saduran. Mereka menebarkan kreatif, idea, rasa dan ideologi organik yang hujungnya relevan hingga kini. Pemberontakan walau dalam cabang apa pun yang dibawakan oleh kumpulan ini masih sesuai dengan masa.
Ramai yang sudah rindu dengan persembahan jujur dan organik seperti ini. Ya, malam itu Kembara juga telah menempah sesuatu ke dalam jiwa para peminat setia mereka. Mereka menempahkan rasa rindu pada lagu-lagu, tenaga dan kesepakatan kembara dalam memberikan sebuah persembahan yang hebat. Seperti kata Dato M.Nasir dalam wawancara bersama Zainal Rashid- ‘orang rindu itu bila pada sesuatu yang bukan ada dekat dia’.
Oleh: Opie Sofia
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Unitar