gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Pemakaian Ketika Sertai Hyrox Dikecam, Isteri Dr Say Shazril Enggan Berbalah Isu Aurat - “Saya Tak Perlu Manusia Label Siapa…”
HIBURAN
Nak Sentiasa Doakan Arwah Ibu, Anak Ridzokumura Tak Mahu Tinggalkan Solat - “Banyak Lagi Sky & Saya Kena Belajar…”
HIBURAN
Lokasi Majlis Perkahwinan Ezlisa Loy & Suami Jadi Perdebatan Netizen - “Kahwin Macam Kat…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

Kembali Dalam Polis Evo 3, Nora Danish: “Anis Ada Selagi Tidak Mati”

Maliah Surip
Maliah Surip
26/05/2023
04:47 MYT
Sponsor Banner
Kembali Dalam Polis Evo 3, Nora Danish: “Anis Ada Selagi Tidak Mati”
Filem Polis Evo 3 mula ditayangkan secara serentak di pawagam seluruh negara bermula hari ini.
Selain peminat kembali menyaksikan aksi duo Shaheizy Sam dan Zizan Razak, filem yang menerima sentuhan pertama kali daripada sutradara Syafiq Yusof ini turut dibintangi oleh salah seorang pelakon wanita yang pernah bersama keluarga Polis Evo pertama.
Aktres tersebut tak lain tak bukan adalah Nora Danish. Nora yang diberi kepercayaan membawa watak Anis terbabit dengan Polis Evo namun ‘berehat’ dalam Polis Evo 2.
Kini selepas lapan tahun, Nora kembali menghidupkan watak Anis.
“Anis ada selagi tidak mati,” kata Nora berseloroh saat sidang media Polis Evo 3 yang berlangsung baru-baru ini.
View this post on Instagram
A post shared by NaOra Daishi (@noradanish)
Menurut Nora, dirinya teruja apabila dapat kembali bersatu dengan keluarga Polis Evo yang menurutnya semakin besar dan berkembang.
“Berbanding pada penampilan dahulu, Anis dalam Polis Evo 3 lebih matang. Cabarannya juga berbeza sewaktu penggambaran dan penjiwaan skrip.
“Apa yang lebih penting sebenarnya pengalaman dan ilmu yang saya peroleh apabila berlakon sama dengan banyak pelaku seni yang disegani. Saya mahu buang perasaan segan,” katanya lagi.
Filem yang menelan belanja sebanyak RM6 juta ini turut dibintangi Sharnaaz Ahmad, Fauzi Nawawi, Syafiq Kyle, Douglas Lim dan ramai lagi.
Topic Berkaitan
#pelakon
#Filem
#Nora Danish
#Polis Evo 3
#PE3
#Anis
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement