,
Berita

Kematian Nuraina Humaira, Remaja Lelaki 17 Tahun Ditahan Polis

Gempak
18/08/2024
20:55 MYT
Remaja lelaki berusia 17 tahun ditahan, disyaki terbabit kes kematian kanak-kanak orang asli yang ditemukan di kawasan paya di perkampungan Orang Asli Kampung Bersah, Pos Kuala Mu.

Tiada Rekod Jenayah

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, suspek yang ditahan pada 5.30 petang tadi di perkampungan sama dengan mangsa akan dibawa ke mahkamah untuk permohonan reman.

"Pemeriksaan lanjut ke atas suspek mendapati dia tiada rekod kesalahan lampau.

"Dia akan dibawa ke Mahkamah Majistret Sungai Siput untuk permohonan reman, bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,"katanya pada sidang media.
Menurutnya lagi, polis turut memanggil beberapa individu lain dalam kalangan penduduk kampung itu untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan.

BERITA TRENDING:Ada Koyakan Pada Kemaluan, Nuraina Humaira Mungkin Dirogol Sebelum Dibunuh - Polis

​BERITA TRENDING: Kanak-Kanak Perempuan Ditemui Mati Selepas Hilang Sejak Jumaat

​BERITA TRENDING: Polis Rakam Keterangan 8 Individu Kes Kematian Nidza Afham

​BERITA TRENDING: Abang Ipar Nidza Afham Mohon Netizen Henti Buat Spekulasi Tidak Benar - “Berkatalah Benda-Benda Yang Baik”

Terdahulu, beliau memaklumkan kanak-kanak, Nuraina Humaira Rosli, 10, yang dilapor hilang sejak Jumaat ditemui meninggal dunia di kawasan berpaya di kampung Orang Asli berkenaan.
Katanya, mangsa adalah kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) cacat pendengaran dan lembam, dengan kali terakhir dilihat di Surau Madrasah Darulsalam, Kampung Bersah yang berjarak kurang 100 meter dari rumah keluarganya.
Sumber: Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Sean Diddy Tawar RM200 Juta & Rumah Lepas Jenayah Seks, Mahkamah Tetap Hantar Ke Penjara

gempak
19/09/2024
15:13 MYT
Mahkamah Persekutuan di Amerika Syarikat menolak Sean Diddy Combs diikat jamin meski rapper tersebut sanggup membayar sejumlah nilai yang besar agar dibebaskan.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Terkini

Enam Bulan Sorok Bunuh Suami Diserang Strok

gempak
19/09/2024
02:55 MYT
Kes pembunuhan seorang lelaki di tangan isterinya akhirnya terbongkar setelah enam bulan.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.
Viral

Pengarah JSJ Bukit Aman, Shuhaily Jijik Dengan Penemuan Kes GISBH

gempak
18/09/2024
06:20 MYT
“Kes ini, saya jijik dengan penemuan (siasatan)."