HIBURAN
Kematian Aktres Lee Seo Yi Baru Diumum, Sudah 10 Hari Meninggal Dunia
Aktres Lee Seo Yi dilaporkan meninggal dunia pada usia 43 tahun. Berita duka itu baru diumumkan menerusi akaun media sosial aktres tersebut menerusi seorang individu yang dipercayai pengurusnya.
Bagaimanapun, Seo Yi sebenarnya telah meninggal dunia pada 20 Jun dan baru diumumkan pada 1 Julai 2025.
“Adik perempuan saya yang bijak, cantik dan baik hati telah meninggal dunia. Dia telah menjadi bintang di langit pada 20 Jun.
“Saya tahu semua orang terkejut dan berduka dengan berita ini. Tolong doakan Seo Yi,” katanya mewakili keluarga mendiang seperti dilaporkan AllKPop.
Punca kematian Seo Yi bagaimanapun tidak diumumkan.
Lahir pada 18 April 1982, Seo Yi pertama kali debut pada tahun 2013 menerusi drama Hur Jun, The Original Story. Mendiang juga meraih populariti menerusi drama seperti Cheongdam-dong Scandal (2014) dan filem The King dan Killing Romance.
Kematian Seo Yi memang mengejutkan peminat dan mereka mendoakan agar aktres tersebut berada di ‘tempat yang indah’.
Must-Watch Video