,
Hiburan

“Kemah Molek Tak Dop Loghat Luar Pun” - Syahmi, Asif Dan Yoe Dipuji Kekal Tutur Bahasa Kelantan

Mya Amri
27/05/2020
12:35 MYT
Lakonan filem pertama Syif Malam Raya bintang YouTube Syahmi Sazli, Asif Suhaimi dan Yoe Parey menerima pujian penonton.
Lebih-lebih lagi apabila tiga sekawan itu mengekalkan penggunaan bahasa Kelantan dalam pertuturan masing-masing.
Sekaligus memartabatkan bahasa ibunda dan negeri kelahiran mereka.
Cuma ada sesekali babak Yoe cuba bertutur bahasa KL untuk mengusik Reen Rahim yang memegang watak sebagai Mira, kakak kepada Yoe. Disebabkab perkara itu jugalah membuatkan ramai yang tertarik dengan lakonan Syahmi, Asif dan Yoe yang sememangnya berjaya menghidupkan watak mereka dengan cara tersendiri.
Selain itu, penonton juga kagum dan menyukai lakonan mereka bertiga yang tidak nampak keras atau kekok sewaktu bergandingan dengan pelakon ternama yang lain. Tidak hanya Syahmi, Asif dan Yoe, Syif Malam Raya juga turut menampilkan Atu, Sharif, Syaiful, Reen Rahim, Azlee Senario, Saiful Apek dan Daniel Lawak Solo.
Jadi kepada anda yang ingin melihat gelagat mereka, jangan lupa untuk melanggan filem Syif Malam Raya di Astro First (saluran 480).
Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton Syif Malam Raya selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.
Untuk mendapatkan info terkini mengenai filem Syif Malam Raya, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.
BACA: Hebat Sungguh Lah Wey! Syif Malam Raya Kutip RM1.6 Juta Dalam Masa 4 Hari Tayangan Di Astro First
Sinopsis:
Kisah Syif Malam Raya bermula apabila cuti raya Zaid (Atu) dan Hisyam (Sharif) tidak diluluskan dan mereka ditugaskan untuk menghantar satu mayat ke Ipoh pada malam Aidilfitri.
Mereka turut menumpangkan Mira dan Yoh untuk pulang beraya ke kampung halaman mereka dengan menaiki van jenazah mereka.
Kejadian aneh mula berlaku, dan kekecohan timbul apabila mereka tiba di sebuah kampung yang dihantui pocong.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Tu Dia! Syif Malam Raya Mai Pawagam Wey! Confirm Berdekah

gempak
30/07/2020
05:44 MYT
Hiburan

“Satu Kampung Suka, Lawak Memang Tak Boleh Bincang” – Atu Dedah Sikap Syahmi, Asif Dan Yoe

gempak
10/06/2020
11:31 MYT
Hiburan

“Babak Kata Adik Terenjat Akal Itu Paling Beri Kesan, Tak Semua Faham…” – Reen Rahim

gempak
09/06/2020
11:00 MYT
Hiburan

Wohoo Masih Utuh! Syif Malam Raya Berjaya Kekal Di Tangga #1 Dalam Carta Filem Top 5 Astro First!

gempak
09/06/2020
10:29 MYT
Hiburan

“Syahmi, Asif Dan Yoe Punya Impak Memang Gila!” - Sharif Zero Kagumi Tiga Sekawan

gempak
04/06/2020
22:46 MYT