,
Hiburan

“Keluarga Rapat Pun Tak Boleh Dipercayai” - Diana Danielle Puas Hati Abang Bas Sekolah Ditangkap

Mya Amri
06/09/2024
13:25 MYT
Pelakon, Diana Danielle menyatakan rasa puas hati selepas pihak polis menahan seorang pemandu bas lelaki yang memuat naik video membuat konten ‘crush’ bersama penumpangnya yang merupakan murid sekolah pada Jumaat.

Sebagai ibu, Diana puas hati

Bagaimanapun Diana, menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya meluahkan rasa geram dengan alasan yang diberikan oleh lelaki berkenaan.
Diana menegaskan tindakan merakam wajah kanak-kanak tanpa kebenaran tetap merupakan satu kesalahan.

“Sebagai seorang ibu, saya puas hati dengan tindakan polis kali ni tentang isu pemandu bas yang sibuk record video pelajar yang dia suka sangat tu.

“Walaupun dia cakap itu sebenarnya anak buah dia, kita pun dah tengok lately, keluarga rapat pun tak boleh dipercayai. “Banyak kes haruan makan anak. Apa abang bas tu ingat sebab tu anak buah dia, dia boleh anggap anak buahnya sebagai objek seksual dengan alasan nak buat konten saja.
“Malangnya, anda tidak mempunyai kandungan yang lebih baik,” tulisnya.

Undang-undang masih wujud

Dalam pada itu, Diana turut mempersoalkan tindakan ibu bapa kanak-kanak tersebut yang didakwa memberikan kebenaran kepada lelaki itu untuk merakam wajah anak mereka.

“Pemandu bas itu nampaknya mempertahankan tindakannya dengan mengatakan bahawa ibu bapa kanak-kanak ini tahu mengenai konten yang dilakukannya dan mereka okay sahaja.

“Kalau betul parents anak-anak ni tak kisah pun, undang-undang masih wujud. Undang-undang ada untuk melindungi anak-anak walaupun daripada ibu bapa mereka sendiri yang tak peka, tak faham atau yang memang tak kisah. “Anda memilih untuk mencipta kandungan yang menunjukkan kecenderungan preditori terhadap kanak-kanak.
“Tiada siapa yang boleh memberi kebenaran kepada anda untuk berbuat demikian, walaupun ibu bapa mereka.
“Terdapat undang-undang yang melindungi kanak-kanak daripada skim eksploitatif jenis ini dan saya bersyukur kerana ia wujud. Dia tidak sepatutnya dibenarkan bekerja berhampiran kanak-kanak lagi,” tegasnya.
Sebelum itu, tular beberapa video yang memaparkan seorang pemandu bas yang mempunyai lebih 600,000 pengikut di TikTok, merakam beberapa murid sekolah perempuan yang dianggap pemandu bas tersebut sebagai ‘crush’ atau seseorang yang diminati atau disukai secara romantik.
Kesemua video yang dirakam sambil memandu itu memaparkan wajah murid-murid tersebut dengan jelas.
Kumar berkata, kes itu akan disiasat mengikut Seskyen 15 (a)(iii) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan Seskyen 15(2) Akta Kanak 2001.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Pengarah JSJ Bukit Aman, Shuhaily Jijik Dengan Penemuan Kes GISBH

gempak
18/09/2024
06:20 MYT
“Kes ini, saya jijik dengan penemuan (siasatan)."
Berita

Gambar Bedah Siasat Zayn Rayyan Tular, Polis Tidak Maklum Perkembangan Siasatan

gempak
18/09/2024
05:27 MYT
Pihak pembelaan yang mewakili ibu bapa kanak-kanak autistik, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf masih belum menerima sebarang perkembangan terkini berhubung siasatan dijalankan terhadap kebocoran gambar bedah siasat di aplikasi Telegram sebelum ini.
Berita

Pereka Dalaman Dibunuh, 20 tikaman Ditemui Di Tubuh - Polis

gempak
17/09/2024
01:56 MYT
Seorang pereka dalaman separuh masa ditemukan mati dengan 20 kesan tikaman pada tubuhnya di sebuah apartmen di Persiaran Meranti, Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya pada awal pagi Isnin.
Berita

Jumpa Gigi Manusia Dalam Kuih Bulan, Polis Lakukan Siasatan

gempak
16/09/2024
12:55 MYT
Pelanggan wanita itu terjumpa gigi berkenaan dalam kuih bulan yang berintikan daging.
Viral

Bulu Masih Di Bibir, Wanita Makan Kucing Hidup-Hidup

gempak
15/09/2024
18:39 MYT
Seorang wanita ditahan dengan helaian bulu kucing berada pada bibir dan darah di tangannya, di sebuah kawasan perumahan di Canton, Ohio, lapor akhbar Metro UK baru-baru ini.