,
Laman Utama

Keluarga Kardashian Bayar Gaji Staff Tak Setimpal, Sampai Pergi Kerja Tiada Duit Nak Isi Minyak

Izwan Isa
13/04/2022
14:50 MYT
Bulan lalu, bekas pekerja yang membangunkan aplikasi-aplikasi keluarga Kardashian, Jessica DeFino mendedahkan yang dia tidak dibayar setimpal dengan kerja, sementara majikannya, meraih pendapatan sehingga berjuta dollar dalam setahun.
Menerusi ciapan yang dikongsikan, Jessica berkata: “Saya merupakan editor bagi aplikasi-aplikasi Kardashian pada tahun 2015 di LA, bekerja siang, malam dan hujung minggu, dan hanya mampu beli barang dapur di kedai 99 Cents Only.
“Saya tipu saya sakit lebih daripada sekali kerana tidak mampu untuk isi minyak kereta untuk ke pejabat dan dimarah kerana buat kerja-kerja sambilan,” katanya.
Dalam sebuah artikel baharu terbitan Vice, Jessica dan beberapa bekas pekerja yang enggan didedahkan identiti turut berkongsi lebih lanjut mengenai hal berkenaan.
“Saya merupakan pembantu editor untuk aplikasi-aplikasi rasmi Kardashian Jenner, dan saya tidak meraih pendapatan setimpal dengan kerja,” katanya.
Jessica menambah yang dia menerima gaji tahunan sebanyak AS$35,000 (RM147,956), sekitar AS$2,916 (RM12,326) sebulan.
Jessica turut memberitahu yang dia hanya menikmati sekitar AS$600 (RM2,536) seminggu iaitu AS$ (RM10,144) sebulan daripada gaji selepas ditolak cukai.
Menerusi artikel sama, Jessica turut bercerita, wang gaji yang berbaki tidak mencukupi untuk membayar duit minyak ke pejabat.
“Saya panik, pukul stereng dan menjerit. Dan saya menangis,” katanya.
Sementara itu, seorang bekas pekerja turut berkongsi kisah bekerja di syarikat yang sama.
“Saya bekerja setiap masa. Saya tak cukup tidur. Saya minum minuman beralkohol dengan banyak kerana terlalu tertekan. Saya jadi tidak sihat sehingga rambut saya gugur,” kongsinya.
Mengulas mengenai hal tersebut, wakil Whalerock berkata: “Jessica DeFino adalah pekerja di Whalerock selama 14 bulan, tujuh tahun lalu. Pekerja di levelnya dibayar gaji pokok, ditambah bayaran lebih masa untuk setiap jam kerja tambahan, dan memenuhi syarat untuk dan menerima bonus dan kenaikan gaji berkala,” katanya.
Jessica merupakan pekerja di Whalerock Industries, syarikat media digital yang dibeli oleh Kardashian-Jenner pada Mei 2015 untuk membangunkan aplikasi. Setiap adik-beradik Kardashian-Jenner melancarkan aplikasi masing-masing yang membawa keuntungan berjuta dollar sebelum ditamatkan perkhidmatan pada 2019.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Mengaku Tak Bersalah, Alif Teega Mohon Dibicarakan

gempak
20/09/2024
02:29 MYT
Pempengaruh media sosial, Mohd Hazalif Mohd Hazani, 30, atau Alif Teega mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan menyalahgunakan dana awam.
Berita

Kelihatan Tenang Sebelum Didakwa, Alif Teega Siap Dipeluk Erat Oleh Aisyah Hijanah

gempak
20/09/2024
01:49 MYT
Pempengaruh, Mohd Hazalif Mohd Hazani, 30, atau Aliff Teega dilihat tenang ketika hadir ke Mahkamah Kuala Lumpur, pada pagi Khamis.
Hiburan

Dituduh Buat Laporan Polis Terhadap ‘Abang Bas’, Diana Danielle Minta Netizen Kemukakan Bukti! - “Nak Maki Pun, Carilah Fakta Yang Betul…”

gempak
20/09/2024
00:55 MYT
Pelakon Diana Danielle menegaskan dia tidak pernah membuat laporan polis terhadap pemandu bas atau ‘Abang Bas’ seperti yang didakwa segelintir netizen di laman sosial.
Hiburan

Gimik Bagi Cincin, Adira Nafi Dakwaan Mempermainkan Isu Rumah Tangga - “Cukuplah Hanya Saya & Abang Red Sahaja Tahu”

gempak
19/09/2024
23:55 MYT
Penyanyi, Adira Suhaimi menafikan dakwaan mempermainkan isu rumah tangga bersama bekas suaminya iaitu usahawan yang kini dipanggil Abang Red.
Viral

Individu Geram Dengan Sikap Ibu Bapa Pentingkan Diri Sendiri, Pilih Tempat Percutian Tanpa Fikir Keselesaan Anak - “Tak Faham Kenapa Mereka Bebal Macam Tak Ada Otak…”

gempak
19/09/2024
21:55 MYT
Tular di aplikasi X, seorang individu meluahkan rasa berang terhadap sikap segelintir ibu bapa zaman sekarang yang mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan tentang anak-anak.