,
Laman Utama

Keluarga Ashton Kutcher & Mila Kunis Hanya Mandi Bila Perlu

Maliah Surip
02/08/2021
14:21 MYT
Pasangan selebriti Ashton Kutcher dan Mila Kunis baru baru ini berkongsi mengenai pengurusan dan kehidupan rumah tangga mereka.
Salah satu perkara yang dikongsikan pasangan tersebut sewaktu muncul dalam episod terkini podcast Armchair Expert milik Dax Shepard, mereka berbicara mengenai rutin mandi.
Topik tersebut tercetus selepas Shepard mengatakan kepada rakan hosnya, Monica Padman bahawa menggunakan sabun setiap hari boleh menyingkirkan minyak semulajadi dalam tubuh seseorang.
Hal itu kemudian disambut pasangan aktor dan aktres tersebut dengan mengaku mereka tidak mandi setiap hari.
Tidak hanya mereka, Kunis juga memaklumkan jarang memandikan kedua anak mereka iaitu Wyatt Isabelle, 6, dan Dimitri Portwood, 4 tahun.
Terkejut dengan pengakuan tersebut, Kunis ditanya siapa yang mengajarnya untuk tidak mandi dan ia disambut dengan jawapan jujur daripadanya.
"Rumah keluarga tidak mempunyai air panas sewaktu saya kecil. Jadi saya tidak kerap mandi," akuinya seperti dipetik dari CNN.
Kutcher kemudian menyambung, kini amalan tersebut diteruskan dalam keluarga mereka. Bintang filem Dude! Where's My Car ini juga mengaku tidak kerap mandi atau menjadikan mandi setiap hari buat anak anaknya sebagai amalan wajib.
"Jika mereka kotor, kami bersihkan dan mandikan. Jika tidak, saya tidak melihat keperluan untuk mandi," kata Kutcher, 43 tahun.
Bagaimanapun Kutcher mengatakan dia akan membersihkan bahagian ketiak dan mengosok gigi setiap hari.
"Atau saya akan mencuci muka selepas bersenam untuk menghilangkan peluh," sambungnya lagi.
Sementara Kunis pula memberitahu dia hanya mencuci muka dua kali sehari.
Kutcher dan Kunis berkahwin pada tahun 2015.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Wanita Mengigil, Pemilik Homestay Didakwa ‘Skodeng’ Ketika Mandi - “Masa Masuk Tandas, Terdetik Nak Pandang..”

gempak
18/09/2024
21:55 MYT
Seorang wanita berdepan situasi cemas apabila pemilik inap desa (homestay) didakwa mengintai dirinya ketika sedang mandi.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Hollywood

Shakira Hentikan Persembahan Lepas Peminat Rakam Video Dari Bawah Dress

gempak
17/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi Shakira menghentikan persembahan selepas berang dengan tindakan penonton yang merakam dirinya daripada bahagian bawah dress pendek berwarna coklat yang dipakainya.
Hollywood

Abang Mendiang Michael Jackson, Tito Meninggal Dunia Di Usia 70 Tahun

gempak
16/09/2024
21:00 MYT
Tito Jackson yang terkenal sebagai anggota Jackson 5 dilaporkan meninggal dunia pada usia 70 tahun.
Hollywood

Mariah Carey Memang Diva, Panjat Tembok Besar China Pakai Kasut Tinggi 5 Inci

gempak
15/09/2024
12:29 MYT
Great Wall of China atau Tembok Besar China menjadi destinasi pelancongan yang cukup ikonik untuk dilawati.